Suami mengaku tak bersalah tumbuk, tampar isteri

Suami mengaku tak bersalah tumbuk, tampar isteri - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Suami mengaku tak bersalah tumbuk, tampar isteri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Suami mengaku tak bersalah tumbuk, tampar isteri
link : Suami mengaku tak bersalah tumbuk, tampar isteri

Baca juga


Suami mengaku tak bersalah tumbuk, tampar isteri

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur atas pertuduhan mendatangkan kecederaan ke atas isterinya dengan menampar dan menumbuknya.
 
Pengakuan Mohd Azrul Mohd Azmi, 34, dilakukan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Zuhair Rosli.
 
Kes dilaporan terjadi pada Sabtu lalu apabila tertuduh, yang juga seorang buruh didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera terhadap Nurul Atthia Abdullah, 28, seorang suri rumah dengan cara menampar dan menumbuk di bahagian pipi kiri, telinga kanan serta di bahagian belakang badan menggunakan tangan sehingga mangsa mengalami kesakitan di bahagian belakang badan dan tangan kirinya.
 
Bapa lima anak itu dituduh melakukan perbuatan tersebut di dalam bilik tidur mangsa di Flat Sri Pulau Pinang, Cheras pada 4.30 pagi, 16 Dis lepas mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 326A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.
 
Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Noorelynna Hanim Abd Halim menawarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin manakala tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon jaminan rendah dengan alasan dia penanggung utama keluarga.
 
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 Jan 2018 untuk sebutan semula kes.
 
 


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Suami mengaku tak bersalah tumbuk, tampar isteri

Sekianlah artikel Suami mengaku tak bersalah tumbuk, tampar isteri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Suami mengaku tak bersalah tumbuk, tampar isteri dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/12/suami-mengaku-tak-bersalah-tumbuk.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :