Judul : PAS puji Najib lantang tolak pengiktirafan Baitulmaqdis jadi ibu negara Israel
link : PAS puji Najib lantang tolak pengiktirafan Baitulmaqdis jadi ibu negara Israel
PAS puji Najib lantang tolak pengiktirafan Baitulmaqdis jadi ibu negara Israel
ANTARAPOSKOTA BHARU: Naib Presiden PAS, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah memuji sikap lantang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkenaan bantahan tindakan Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.
Terdahulu Najib dalam Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Instanbul, Turki menyatakan pendirian tegas Malaysia menolak pengiktirafan AS berhubung isu itu.
Mohd berkata kelantangan Najib membuktikan Malaysia adalah antara negara Islam yang berada di hadapan dalam isu ini.
Malah sehingga kini, masih terdapat beberapa negara Islam yang tidak mempunyai kesungguhan untuk menentang tindakan AS apabila mengambil pendekatan berdiam diri, ujar Mohd Amar.
“Isu Baitulmuqaddis ini membuktikan kepentingan memilih kerajaan yang komited kepada Islam untuk membela dan mempertahankan hak umat Islam.
“Mujurlah kita pergi (Sidang Kemuncak OIC) kerana itu saluran untuk kita bercakap dan tanda sensitiviti terhadap musuh.
“Kita harap kerajaan akan terus konsisten membela dan mempertahankan hak Palestin dan umat Islam serta tidak mengikut telunjuk AS dan sekutu-sekutunya,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas menyampaikan kuliah di hadapan Pejabat Perhubungan PAS negeri, hari ini.
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel PAS puji Najib lantang tolak pengiktirafan Baitulmaqdis jadi ibu negara Israel
Sekianlah artikel PAS puji Najib lantang tolak pengiktirafan Baitulmaqdis jadi ibu negara Israel kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PAS puji Najib lantang tolak pengiktirafan Baitulmaqdis jadi ibu negara Israel dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/12/pas-puji-najib-lantang-tolak.html