Judul : Kereta terbabas lepas isi minyak, rempuh kedai serbaneka
link : Kereta terbabas lepas isi minyak, rempuh kedai serbaneka
Kereta terbabas lepas isi minyak, rempuh kedai serbaneka
ANTARAPOSJOHOR BAHRU: Seorang pemandu wanita berusia 19 tahun merempuh premis kedai sebuah stesen minyak di Jalan Pesona, Pelangi Indah, awal pagi tadi.
Dalam kejadian jam 1.30 pagi, wanita itu yang bekerja sebagai kerani dikatakan baru selesai mengisi minyak di stesen berkenaan sebelum dipercayai tertekan pedal minyak lalu terbabas dan merempuh kedai serbaneka terbabit.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais, berkata kereta terbabit terhenti sejurus melanggar beberapa rak barangan di kedai terbabit.
Katanya, wanita berkenaan yang beralamat di Desa Makmur, Kota Tinggi hanya luka kecil di bahagian muka, tangan dan kaki.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya seperti yang dilaporkan BH Online.
Katanya, wanita terbabit belum membuat laporan polis.
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel Kereta terbabas lepas isi minyak, rempuh kedai serbaneka
Sekianlah artikel Kereta terbabas lepas isi minyak, rempuh kedai serbaneka kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kereta terbabas lepas isi minyak, rempuh kedai serbaneka dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/12/kereta-terbabas-lepas-isi-minyak-rempuh.html