Bukan mudah Amanah nak gugat kedudukan PAS di Kelantan - Mursyidul Am

Bukan mudah Amanah nak gugat kedudukan PAS di Kelantan - Mursyidul Am - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bukan mudah Amanah nak gugat kedudukan PAS di Kelantan - Mursyidul Am, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bukan mudah Amanah nak gugat kedudukan PAS di Kelantan - Mursyidul Am
link : Bukan mudah Amanah nak gugat kedudukan PAS di Kelantan - Mursyidul Am

Baca juga


Bukan mudah Amanah nak gugat kedudukan PAS di Kelantan - Mursyidul Am

Oleh Syed Mu'az Syed Putra
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Walaupun Amanah diasaskan bekas pimpinan kanan PAS, namun ia tidak mendapat tempat di hati rakyat negeri itu, kata Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin. 
 
"Walaupun Amanah mendakwa bahawa mereka akan beri tentangan hebat di Kelantan dan mereka akan memerintah Kelantan melalui Pakatan Harapan yang mereka agungkan.
 
"Tapi apa yang saya perhatikan itu hanya dakwaan kosong, sambutan kepada mereka amat sedikit," katanya dalam temubual ringkas bersama Antarapos.
 
Untuk rekod Kelantan merupakan negeri yang menjadi sasaran Amanah serta sekutunya dalam Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) selain BN daripada BN.
 
PAS menguasai Kelantan melalui kerjasama dengan Parti Melayu Semangat 46 dan mengetepikan Umno pada PRU kelapan.
 
Sejak itu Umno-BN gagal merampas kembali negeri itu walaupun pada suatu ketika PAS mempunyai majoriti satu kerusi di DUN Kelantan.
 
Hashim menambah tidak semudah yang dihasrat Amanah untuk mentadbir Kelantan kerana PAS tetap akan menjadi pilihan pengundi pada pilihan raya akan datang.
 
"Bukan (Amanah) tiada (sokongan), ada tetapi PAS masih boleh bertapak dan memerintah Kelantan untuk waktu yang akan datang dan gangguan yang diberikan oleh Amanah itu sebenarnya tidak akan memberi kesan yang negatif kepada PAS itu sendiri.
 
"Lebih-lebih lagi kita rasa bahawa Amanah tidak diterima oleh Umno, orang Umno pun tak boleh terima Amanah," katanya.
 
Selain itu Hashim turut menyatakan saingan di Kelantan hanya PAS dan BN manakala parti lain dianggap tidak berpeluang untuk menang.
 
"Jadi di Kelantan itu hanya dua parti sahaja iaitu PAS dan juga Umno-BN yang akan menentukan pemerintah di negeri tersebut," katanya.
 
 


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Bukan mudah Amanah nak gugat kedudukan PAS di Kelantan - Mursyidul Am

Sekianlah artikel Bukan mudah Amanah nak gugat kedudukan PAS di Kelantan - Mursyidul Am kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bukan mudah Amanah nak gugat kedudukan PAS di Kelantan - Mursyidul Am dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/12/bukan-mudah-amanah-nak-gugat-kedudukan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :