PAS kata ada 'kejutan' lagi, bakal umum pertengahan Oktober

PAS kata ada 'kejutan' lagi, bakal umum pertengahan Oktober - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAS kata ada 'kejutan' lagi, bakal umum pertengahan Oktober, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAS kata ada 'kejutan' lagi, bakal umum pertengahan Oktober
link : PAS kata ada 'kejutan' lagi, bakal umum pertengahan Oktober

Baca juga


PAS kata ada 'kejutan' lagi, bakal umum pertengahan Oktober

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
 
KUALA NERUS: Selepas kejutan pertama 'tidak menjadi',  PAS memberitahu ia akan menerima seorang lagi muka baru.
 
Ketua Penerangan PAS, Nasruddin Hassan memberitahu Antarapos, kali ini ia akan melibatkan seorang ahli politik dari sebuah parti politik yang kini aktif sebagai aktivis.
 
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut siapakah individu tersebut, dan meminta menunggu pengumuman penghijrahan itu pada pertengahan Oktober ini.
 
"Beliau daripada sebuah parti politik dan dalam masa sama aktif dalam NGO. Mempunyai nama, terkenal...
 
"Yang ini, telah menghubungi saya dan menyatakan hasratnya untuk menyertai dan menjadi ahli PAS. Dalam seminggu dua lagi kami akan isytiharkan penyertaan beliau ke dalam PAS," katanya.
 
Berbeza dengan Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Zakaria Jaffar dan bekas pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Abdul Rahim Che Daud yang hanya menyatakan kebersamaam mereka bersama PAS, Nasruddin memberitahu individu terbaru ini mahu menjadi ahli parti itu.
 
Ahli Parlimen Temerloh itu ditanya apakah kerana tersisih dan tidak lagi berjawatan di dalam parti lama menyebabkan individu itu mahu menyertai parti berasaskan Islam itu.
 
"Kita lihat nanti apakah isu sebenar, mengapa beliau hendak sertai PAS," katanya ringkas.
 
Terdahulu PAS, dalam Himpunan Fastaqim 2.0 di Pantai Tok Jembal dua hari lalu mengumumkan kebersamaan Zakaria dan Abdul Rahim dalam perjuangan PAS.
 
Bagaimanapun pengumuman itu dikritik pelbagai pihak, memandangkan PAS sebelum ini beria-ia memberitahu ada kejutan penting ketika kemuncak himpunan tersebut.
 
Antara nama yang disebut- akan menyertai PAS adalah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan bekas naib presiden PKR, Mustafa Kamil Ayub.
 
Khalid disebut bakal menyertai PAS berikutan beliau sering dilihat hadir dalam beberapa program yang dianjurkan parti itu.
 
Timbalan Presiden PAS,  Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata partinya mempelawa Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu untuk menjalin kerjasama menumbangkan kerajaan negeri pimpinan PKR di Selangor.
 
Namun spekulasi itu tidak benar apabila Khalid sendiri mengumumkan tidak akan menyertai PAS ketika berucap di pentas Fastaqim 2.0, 30 September lalu.
 
Beliau menyatakan kebersamaannya bersama PAS dengan memanfaatkan kepakaran dan pengalamannya sebagai bekas menteri besar Selangor dan perkara berkaitan urus tadbir serta ekonomi.
 
 


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel PAS kata ada 'kejutan' lagi, bakal umum pertengahan Oktober

Sekianlah artikel PAS kata ada 'kejutan' lagi, bakal umum pertengahan Oktober kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PAS kata ada 'kejutan' lagi, bakal umum pertengahan Oktober dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/10/pas-kata-ada-kejutan-lagi-bakal-umum.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :