SPRM dicabar teliti bakal calon pilihan raya yang terbabit dalam isu 1MDB

SPRM dicabar teliti bakal calon pilihan raya yang terbabit dalam isu 1MDB - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SPRM dicabar teliti bakal calon pilihan raya yang terbabit dalam isu 1MDB, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SPRM dicabar teliti bakal calon pilihan raya yang terbabit dalam isu 1MDB
link : SPRM dicabar teliti bakal calon pilihan raya yang terbabit dalam isu 1MDB

Baca juga


SPRM dicabar teliti bakal calon pilihan raya yang terbabit dalam isu 1MDB



SPRM dicabar teliti bakal calon pilihan raya yang terbabit dalam isu 1MDB



Sekiranya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh mencadangkan mereka yang terlibat dalam skandal 1MDB tidak dicalonkan dalam pilihan raya akan datang, DAP sedia membenarkan calon-calonnya juga diteliti.

Demikian reaksi Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang terhadap tawaran Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad untuk meneliti calon-calon parti politik dalam Pilihanraya Umum ke-14.

Dzulkifli dilaporkan berkata pada Selasa bahawa pihaknya bersedia untuk meneliti bakal-bakal calon supaya tidak dicemari rasuah dan salahguna kuasa.

Malah menurut beliau, hanya Barisan Nasional (BN) sahaja yang menyerahkan nama-nama calonnya untuk diteliti SPRM.

Kit Siang bagaimanapun tidak teruja dengan hal tersebut, memandangkan katanya suruhanjaya terbabit berhadapan skandal 1MDB yang masih belum selesai.

“Skandal 1MDB adalah ujian bagi SPRM dan Dzukifli bagi menunjukkan sama ada mereka benar-benar serius, bebas, tidak memihak dan profesional dalam membanteras rasuah.

“Atau sebaliknya sekadar ‘makhluk’ yang digunakan oleh pihak yang memegang kuasa untuk menutup rasuah dan kleptokrasi mereka,” ujar Ahli Parlimen Gelang Patah itu dalam kenyataannya semalam seperti dilapor Roketkini.

Pemimpin veteran DAP itu malah mempersoal sekiranya SPRM bersedia untuk membuka semua siasatan terhadap 1MDB, berikutan skala skandal tersebut yang kian membelon.

Skandal 1MDB adalah yang terbesar dalam sejarah negara melibatkan aset-aset yang sedang disiasat Jabatan Kehakiman Amerika di beberapa negara termasuk UK dan Switzerland berjumlah US$1.7 bilion.

“Selagi SPRM tidak menangani skandal 1MDB, ia tidak akan menikmati keyakinan dan kepercayaan rakyat Malaysia,” tegas Kit Siang lagi.



Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel SPRM dicabar teliti bakal calon pilihan raya yang terbabit dalam isu 1MDB

Sekianlah artikel SPRM dicabar teliti bakal calon pilihan raya yang terbabit dalam isu 1MDB kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel SPRM dicabar teliti bakal calon pilihan raya yang terbabit dalam isu 1MDB dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/09/sprm-dicabar-teliti-bakal-calon-pilihan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :