RocketCar jelajah seluruh Perak bawa mesej perubahan

RocketCar jelajah seluruh Perak bawa mesej perubahan - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul RocketCar jelajah seluruh Perak bawa mesej perubahan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : RocketCar jelajah seluruh Perak bawa mesej perubahan
link : RocketCar jelajah seluruh Perak bawa mesej perubahan

Baca juga


RocketCar jelajah seluruh Perak bawa mesej perubahan


Roketkini.com

 
IPOH: Sempena Hari Malaysia, DAP Perak telah melancarkan RocketCar yang terdiri dari tujuh kenderaan dilengkapi sistem pembesar suara bagi membantu kempen  Pakatan Harapan (HARAPAN) dalam pilihan raya umum akan datang.

Pelancaran menyaksikan gimik memotong riben diiringi kibaran Jalur Gemilang dan alunan lagu patriotik  oleh pemimpin HARAPAN Perak.



Menurut Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming, selain menjadi jentera publisiti bergerak, tujuh kenderaan tersebut juga bertujuan sebagai kaunter khidmat masyarakat bergerak dan pendaftaran pemilih.

Katanya, DAP Perak telah mengatur lebih 400 program bersama masyarakat melibatkan 100 program ceramah dan 300 program dialog kedai kopi. Sehingga hari ini, 73 program telah pun dilangsungkan.

“Matlamat utama kita adalah untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat dengan lebih berkesan.

“Tujuh kenderaan ini akan mengadakan jelajah ke seluruh Perak dan kita akan siarkan ucapan-ucapan pemimpin HARAPAN,” katanya ketika dihubungi Roketkini.

Ahli Parlimen Taiping itu berkata, RocketCar telahpun melakukan konvoi ke beberapa kawasan sebelum ini dan mendapat maklumbalas menggalakkan.

“Bila kita tiba di mana-mana lokasi. Kita dapat lihat orang ramai teruja dengan kehadiran kita.



“Respon dari orang ramai sangat menggalakkan. Bila kereta kami buat konvoi, mesti ada yang bunyikan hon tanda sokongan. Cuma ada satu, dua tempat ada samseng ganggu. Kereta kena baling dengan batu.

“Jadi, saya nak berpesan supaya kita menolak budaya politik samseng sebegini. Kita amat menjunjung semangat demokrasi-kalau tak suka, boleh jawab,” katanya.

Sempena sambutan Hari Malaysia, beliau berkata 1,000 helai Jalur Gemilang berjaya diedarkan di setiap lokasi yang dikunjungi konvoi RocketCar.

“Kita telah pergi ke kawasan penempatan Melayu, Cina dan India dan menerima maklumbalas yang baik.

“Pasukan RocketCar ini juga menunjukkan bukti bahawa DAP amat komited dalam agenda perubahan,” katanya lagi.

Tujuh kenderaan itu terdiri dari beberapa jenis pacuan empat roda jenama Hilux, Mazda, Mitsubishi Triton dan Honda CRV. – Roketkini.com



Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel RocketCar jelajah seluruh Perak bawa mesej perubahan

Sekianlah artikel RocketCar jelajah seluruh Perak bawa mesej perubahan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel RocketCar jelajah seluruh Perak bawa mesej perubahan dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/09/rocketcar-jelajah-seluruh-perak-bawa.html

Subscribe to receive free email updates: