Judul : Pemandu rempuh atlet berbasikal dihadapkan ke mahkamah
link : Pemandu rempuh atlet berbasikal dihadapkan ke mahkamah
Pemandu rempuh atlet berbasikal dihadapkan ke mahkamah
ANTARAPOS.COMKUALA SELANGOR: Pemandu pacuan empat roda yang merempuh empat atlet berbasikal dan seorang jurulatih pagi semalam, dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Mengikut pertuduhan, tertuduh Anuar Wahab, 46, didapati memandu kenderaan dengan merbahaya kepada orang awam sehingga mengakibatkan kemalangan jalan raya.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di Kilometer 12.5, Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (Latar), dekat sini, kira-kira pukul 10.45 pagi semalam.
Bagaimanapun tertuduh mengaku tidak bersalah selepas jurucakap mahkamah membacakan pertuduhan di hadapan Majistret Abdul Jalil Salam.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, jika disabitkan bersalah boleh dipenjara tidak lebih lima tahun dan denda maksimum RM15,000.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mahmoodah V.M. Abdul Latif manakala tertuduh diwakili peguam, M Saravanan.
Terdahulu pagi semalam, empat atlet berbasikal negara termasuk dua atlet Para ASEAN dan ketua jurulatih, cedera parah selepas dirempuh pacuan empat roda ketika sedang berbasikal sebagai latihan persediaan bagi menghadapi temasya Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 yang dijadual pada 17 hingga 23 Sept ini.
Mereka ialah Ketua Jurulatih Mohd Johari Nayan, 42, dua atlet Para ASEAN Mohd Hairul Hazwan Wahab, 25, dan Muhammad Khairul Nizam Mohd Ali, 19, manakala dua 'pilot rider' iaitu Mohd Nor Rizual Zainal, 31, serta Muhamad Nur Syafiq Suhaimy, 25.
Ekoran insiden itu, Mohd Nor Rizual mengalami patah pada bahagian tulang belakang manakala Muhamad Nur Syafiq pula patah kaki kanan dan mangsa lain yang cedera di beberapa bahagian badan menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel Pemandu rempuh atlet berbasikal dihadapkan ke mahkamah
Sekianlah artikel Pemandu rempuh atlet berbasikal dihadapkan ke mahkamah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pemandu rempuh atlet berbasikal dihadapkan ke mahkamah dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/09/pemandu-rempuh-atlet-berbasikal.html