Kena bincang jika mahu anjur pesta arak di Selangor, kata ADUN DAP

Kena bincang jika mahu anjur pesta arak di Selangor, kata ADUN DAP - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kena bincang jika mahu anjur pesta arak di Selangor, kata ADUN DAP, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kena bincang jika mahu anjur pesta arak di Selangor, kata ADUN DAP
link : Kena bincang jika mahu anjur pesta arak di Selangor, kata ADUN DAP

Baca juga


Kena bincang jika mahu anjur pesta arak di Selangor, kata ADUN DAP

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohamad Azhar
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Penganjuran pesta arak atau bir di Selangor pada tahun sebelum ini tidak pernah menimbulkan masalah, ujar ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San.
 
Mengambil kira keadaan semasa yang hangat dengan bantahan terhadap pesta minuman beralkohol berkenaan, wakil rakyat DAP itu berkata mana-mana pihak penganjur perlu patuh kepada peraturan dibawah kerajaan berkuasa tempatan (PBT) agar tiada masalah yang timbul dikemudian hari.
 
Pandangan Weng San selari dengan kenyataan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada kelmarin bahawa penganjur pesta arak tertakluk kepada peraturan PBT jika ia mahu diadakan di negeri ini.
 
"Dahulu pernah diadakan di kawasan Petaling Jaya dan tempat lain di Selangor, namun tidak menimbulkan masalah besar.
 
"Apa-apa aktiviti sekalipun ada undang-undang dan peraturan yang dipatuhi. Jika ia dipatuhi, tidak ada masalah. Cuma perbincangan mesti ada, jangan jadi seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), tak boleh bincang," katanya merujuk kepada tindakan DBKL menolak permit penganjuran Better Beer Festival 2017 diadakan di ibu kota pada bulan hadapan.
 
 
 
Pada tahun lepas pesta bir diadakan di Bandar Utama, Damansara.
 
Azmin pada kelmarin berkata meskipun kerajaan negeri menghormati hak kaum dan agama lain, penganjur pesta arak tertakluk kepada peraturan pihak berkuasa tempatan (PBT) jika mahu ia diadakan di Selangor.
 
Azmin bagaimanapun berkata, dirinya tidak pasti sama ada penganjur ada membuat permohonan diperingkat majlis tempatan kerana ia tidak sampai diperingkat negeri.
 
Weng San, ketika merujuk sama ada 'mengetahui' penganjuran pesta arak atau bir akan diadakan di Selangor sebaliknya meminta diajukan kepada PBT.
 
"Saya tak pasti dan perkara itu kena tanya Ahli Majlis dan pegawai di bahagian perlesenan (MBPJ) yang menguruskan perkara itu," jelasnya.
 
Better Beer Festival merupakan acara yang mempromosikan minuman keras dan telah diadakan di Kuala Lumpur sejak tahun 2011.
 
Bagaimanapun, DBKL pada minggu lalu menolak permit pengajuran pesta arak itu atas alasan keselamatan.


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Kena bincang jika mahu anjur pesta arak di Selangor, kata ADUN DAP

Sekianlah artikel Kena bincang jika mahu anjur pesta arak di Selangor, kata ADUN DAP kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kena bincang jika mahu anjur pesta arak di Selangor, kata ADUN DAP dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/09/kena-bincang-jika-mahu-anjur-pesta-arak.html

Subscribe to receive free email updates: