Judul : ALLAH SWT MENGGAGALKAN USAHA JAHAT TERHADAP TUN M BERKAITAN RCI FOREX
link : ALLAH SWT MENGGAGALKAN USAHA JAHAT TERHADAP TUN M BERKAITAN RCI FOREX
ALLAH SWT MENGGAGALKAN USAHA JAHAT TERHADAP TUN M BERKAITAN RCI FOREX
Episod 62 : ALLAH SWT MENGGAGALKAN USAHA JAHAT TERHADAP TUN M BERKAITAN RCI FOREX.
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca dan sahabat2 fb ku sekelian.
(Sebuah lg bingkisan yg panjang. Harap pembaca tk jemu).
Dunia mengetahui dengan jelas bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad telah menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun. Pada masa itu Tun Mahathir telah berhadapan dgn perbagai keadaan dan situasi seperti pemberontakan dalam parti, protes jalanan, serangan ekonomi dan yg paling di ingati adalah serangan mata wang, namun beliau berjuang dengan gigih mngatasi dgn berterusan untuk mengekalkan ekonomi yang terbaik semasa krisis kewangan Asia itu.
2. Setelah bersara, boleh di katakan Tun M telah menyediakan landasan yg betul untuk mana2 Perdana Menteri bekerja dgn mudah bg mengejar dn meneruskan impian untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020. Namun cita cita Tun Mahathir untuk berehat setelah bersara tidak berkesampaian. Ini kerana kedua2 penggantinya bukanlah "anak yg mendengar kata" tetapi juga degil dan mereka gagal kerana mereka tidak tegas dan tidak berwibawa. Malah yg lebih berat kedua2 PM penggantinya itu di kelilingi oleh ramai menteri2 penyangak, pengampu dan tukang kipas. Keadaan negara dalam bahaya dan Tun Mahathir berusaha menyelamatkan negara dari mereka2 yg korup dn mementingkan diri dan kelompok mereka sahaja. Tuan/Puan cuba fikir, adakah dgn perkapita rakyat yg kurang dari 9 ribu membolehkan negara berstatus negara maju? Menjelang 2018 ramai rakyat yg masih miskin. ADA BANTAHAN?
3.Tun Mahathir berada di barisan hadapan dalam mengritik Perdana Menteri ke 5, sehingga lh kpd Datuk Seri Najib Abdul Razak atas berbillion billion ringgit yang didakwa disalahgunakan daripada dana 1MDB termasuklah juga segala urusniaga dgn negara China yg meragukan dn di lihat menggadaikan eset negara dan maruah negara. Malaysia kini terkenal diantara sepuloh negara di dunia yang mengamalkan rasuah dan Najib sendiri di gelar sebagai ketua kerajaan kleptokrasi yg merompak wang dari rakyat dan negaranya sendiri.
4.Pentadbiran Najib berusaha berbagai cara bagi memindahkan/memesongkan pimikiran rakyat mengenai skandal 1MDB yang melibatkan juga isterinya, Rosmah, anak tirinya Reza Aziz dan mastermind mereka Jho Low dimana melibatkan penipuan, kecurian wang dan salahguna kuasa yg berskala besar.
5. Salah satu usaha Najib adalah memburukkan Tun dgn mengorek keburukan zaman pemerintahan Tun Mahathir. Akhirnya Najib serta konco2nya terutama Anuar Musa sbgi Ketua Penerangan berpendapat bahawa isu forex yang kerugian wang di zaman Tun Mahathir dapat digunakan bagi memberikan tekanan kepada Tun Mahathir, sekali gus menghilangkan /memesongkan isu 1MDB di fikiran para pengundi dn rakyat. Bagi Najib dan koncu-koncunya yang penting Mahathir dapat di malukan dan persalahkan sehingga di lihat lebih buruk dari najib.
6. Namun bg Tun M, baik seawal isu forex itu di bangkitkan dan setelah Suruhanjaya di tubuhkan Tun tetap relax dan tenang dan tanpa 'goyang' walau sedikit pun malah mengalu2kan dan sedia menjadi saksi dan bekerjasama jika di panggil. Ini lah keberanian Tun yg tiada pd Najib. Malah telah mengejutkan semua orang termasuk Najib apabila hadir sendiri sblum di jemput bg mengikuti prosiding siasatan di jalankan. Ini lah orang yg jiwanya berani kerana benar. Bukannya seperti najib, yg pastinya terkucil bila berhadapan dgn Tun. Bukti nya, Najib telah lari pd Nothing To Hide yg pertama. Walaupun Najib telah sampai ke lokasi dan telah turun dari kenderaan tetapi setelah di maklumkan yg Tun M telah ada di dalam dewan, Najib menaiki kereta semula dan 'lari' pulang.
7. Perdana Menteri Najib dan kabinet berkeyakinan bahawa Tun Mahathir akan dapat di persalahkan dengan isu forex. Ini di ikuti oleh para macai/balaci duapuloh sen mereka. Pada awalnya isu BMF juga ingin di jadikan modal kerana macai2 bodoh najib yg kanyiaq dan belum akhil baligh itu beranggapan ianya juga berlaku pada zaman Tun. Maka melompat2 lh macai2 kerana beranggapan ada 2 isu besar utk kenakan Tun. Namun selepas itu mereka mnyedari bahawa kes itu berlaku seawal tahun 1979 iaitu di zaman bapa Hishamudin iaitu Tun Hussien menjadi PM lalu dgn termalu sendiri mereka mendiamkannya walaupun ianya telah di war2kan terlebih dahulu sebelum itu. Untuk pengetahuan, Tengku Razaleigh adalah Menteri Kewangan semasa kes BMF berlaku. Tengku juga adalah Pengerusi Bank Bumiputera sebelum di lantik sebagai Menteri Kewangan. Beliau banyak mengetahui tentang BMF. Beliau telah di gugurlan sebagai Menteri Kewangan oleh Tun M selepas kes itu.
8. Berbalik kpd kes forex dengan pantasnya macai2 Najib menubuhkan Suruhan Siasatan Di Raja (RCI). Kerajaan Najib, penyokong dan macai/balaci Najib bersorakan dan terloncat-loncat macam kera kegembiraan kerana kononnya Tun Mahathir akan pasti didapati bersalah. RCI yang berkenaan telah memulakan siasatan ke atas kerugian berbillion billion ringgit oleh Bank Negara Malaysia dalam spekulasi pertukaran mata wang asing pada awal 1990an.
9. Seperti yg kita tahu Kerajaan Najib juga berura-ura untuk menubuhkan Suruhan Siasatan Di Raja bagi tragedi berdarah Memali. Tragedi itu berlaku di zaman pemerintahan Tun Mahathir. Ini juga kempen memerangi Tun Mahathir serta usaha dilakukan membuat goncangan pikiran rakyat terhadap Tun Mahathir dan melupakan skandal 1MDB dan penipuan serta kecurian wang.
10. Malang sangat bagi Najib Tun Razak apa yang diharapkan dengan penubuhan RCI mengenai Forex tidak menjadi apabila belum ada seorang saksi pun yg mengaitkan Tun dgn Forex.
11. Ini bermula apabila Tan Sri Nor Mohamed Yakcop memberi tahu RCI bahawa “saya bertanggongjawab atas kerugian urus niaga mata wang asing negara yang berlaku sekitar tahun 1986 hingga 1993. Saya tidak pernah pada bila-bila masa berbincang dengan Perdana Menteri (ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad) mengenai urus niaga itu antara tahun 1986 hingga 1993”.
12.Manakala Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berkata Tan Sri Jaffar Hussein , terpaksa bertanggongjawab terhadap apa apa yang berlaku semasa beliau menjadi gabenor bank pusat itu.
Bila di soal Tan Sri Zeti menegaskan bahawa Jaffar sebagai gabenor BNM, mempunyai kuasa tertinggi dalam menguruskan bank pusat itu dan pengurusan rizabnya.
Bila di soal Tan Sri Zeti menegaskan bahawa Jaffar sebagai gabenor BNM, mempunyai kuasa tertinggi dalam menguruskan bank pusat itu dan pengurusan rizabnya.
13.Bagi Najib dan koncu koncunya, malang sekali seperti sudah jatuh di timpa tangga apabila pedagang urus niaga Forex En. Azman Mat Ali (yg juga Pengarah Jabatan Pentadbiran Pertukaran Wang Asing) memberitahu RCI bahawa Tun Mahathir tidak pernah sekali pun menjejak kakinya ke bilik urus niaga tukaran asing Bank Negara Malaysia,
14.Jelas, apabila Najib dan koncu koncunya ingin menjadikan RCI sebagai alat politik, untuk menghapuskan Tun Mahathir, perbuatan sedemikian tidak di Redhai oleh Allah SWT. Ini kerana Allah tidak bersama mereka2 yang mengamalkan penipuan, rasuah dan segala maksiat, dendam serta kerosakan dlm pemerintahan negara.
15. Maka kecewalah Najib dan Kumpulan Penyamunnya untuk menindas dan memalukan Tun Mahathir.
Tun sememangnya jujur dan ikhlas dalam apa yang di perjuangankan. Tidak terbit di dalam hati sanubari Tun Mahathir apa yang dilakukan dan diperjuangkan untuk kepentingan diri atau ahli keluarganya.
Tun sememangnya jujur dan ikhlas dalam apa yang di perjuangankan. Tidak terbit di dalam hati sanubari Tun Mahathir apa yang dilakukan dan diperjuangkan untuk kepentingan diri atau ahli keluarganya.
16. Tun pernah di tuduh bailout syarikat anak nya. Jawapan Tun M...Ya memang saya mengaku pernah membantu, tetapi ia lebih kepada bantuan memudahkan pinjaman dan tidak sama sekali menggunakan wang negara. Dan pinjaman dgn faedah tersebut telah pun di bayar habis oleh anak saya. Tiada yg percuma. Bukannya semudah Reza Aziz secara mudah menerbitkan filem lucah yg bernilai 400 juta. Apa manfaatnya filem itu terhadap rakyat dan negara? Sedangkan syarikat anak Tun telah memberi beribu2 peluang pejerjaan kpd rakyat Malaysia sejak dulu!!
17. Tentang isu Memali, ianya adalah sebuah kisah yg sudah terlalu lama untuk di ungkit dan di tubuhkan RCI. Sama seperti BMF. Apatah lg kes ini akan membabitkan Amanat Hadi Awang. Lebih2 lg Kertas Putih telah di keluarkan dan laporannya telah di bentangkan di Parlimen. Orang2 lama seperti Rais Yatim, Musa Hitam, Hanif Omar, Rahim Noor dan beberapa tokoh politik dan akademik lain telahpun dgn lantang menyuarakan apa guna nya lg sebuah RCI? Untuk kepentingan politik? Untuk pembaziran masa dan wang rakyat? Apakah tidak ada perkara lain untuk di lakukan khususnya dlm keadaan ekonomi rakyat yg sedang gawat?
18. Perkara terakhir...sehingga hari ini 11hb. Sept 2017, lebih 20 orang saksi telah di panggil sebagai saksi RCI Forex. DAN 6 saksi-saksi terpenting yang menjadi NYAWA kpd perjalanan RCI telah memberi keterangan dan tidak mengaitkan Tun adalah :
(1) TAN SRI AINUM MOHAMED SAAID (Bekas Peguam Negara),
(2) TAN SRI ZETI AKHTAR AZIZ (Bekas Gabenor Bank Negara),
(3) TAN SRI NOR MOHAMED YAACOP (Penasihat Bank Negara ketika isu urusniaga matawang asing di era Tun M di bawah siasatan RCI).
(4). TAN SRI AHMAD MOHD DON. (Bekas Gabenor Bank Negara).
(5) DS ANWAR IBRAHIM. (Bekas TPM dan Menteri Kewangan).
(6) En. Azman Mat Ali. (Pengarah Jabatan Pentadbiran Pertukaran Wang Asing).
(2) TAN SRI ZETI AKHTAR AZIZ (Bekas Gabenor Bank Negara),
(3) TAN SRI NOR MOHAMED YAACOP (Penasihat Bank Negara ketika isu urusniaga matawang asing di era Tun M di bawah siasatan RCI).
(4). TAN SRI AHMAD MOHD DON. (Bekas Gabenor Bank Negara).
(5) DS ANWAR IBRAHIM. (Bekas TPM dan Menteri Kewangan).
(6) En. Azman Mat Ali. (Pengarah Jabatan Pentadbiran Pertukaran Wang Asing).
Kesemua saksi2 tersebut sama sekali langsung tidak mengkaitkan isu kononnya "KERUGIAN AKIBAT URUSNIAGA MATA WANG ASING OLEH BANK NEGARA MALAYSIA SEKITAR TAHUN 1990-AN" itu melibatkan dengan pihak TUN DR MAHATHIR !! TIDAK SAMA SEKALI!!! INI SEBENARNYA MENJADIKAN RCI MATI sebelum waktu nya.
Dan yg paling penting bg aku sebagai sisi bukti lain :
Nyata saksi2 penting di atas tidak kelihatan berjumpa di Penjara Sungai Buloh atau mana2 kedai mamak atau tempat2 lain untuk sama2 berpakat dgn Anwar Ibrahim untuk tidak mengaitkan Tun M dengan menjadikan mana2 di antara mereka sebagai kambing hitam.
ADA BANTAHAN?
Kesihan Puad Zarkashi yg mngandaikan Nor Mohamad di jadikan kambing Hitam. Sekarang ini sudah ada 6 kambing hitam wahai Puad pengampu Najib.
(Puad sebenarnya telah menghina mahkamah dgn kenyataan mngugut saksi).
Setakat pada hari ini juga, pihak SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA (RCI) masih belum maklumkan samada mereka akan memanggil TUN DR MAHATHIR sebagai salah seorang saksi bagi tujuan siasatan mereka. Mungkin mereka sedang menunggu saksi yg boleh mengaitkan Tun? Logiknya, jika saksi2 terdahulu sama sekali tidak mengaitkan Tun M apa guna dan maknanya untuk memanggil Tun? Di pertengahan jalan RCI ini sudah kelihatan akan gagal dan tidak menepati impian Najib dan koncu2 40 penyamun.
Bukankah ini juga satu pembaziran masa dan wang negara?
Kalau tidak silap aku jemaah menteri Malaysia adalah seramai 39 orang termasuk Duta yg bertaraf menteri. Termasuk najib menjadikan jumlahnya 40. Penulis2 buku boleh lh mengarang sebuah buku yang bertajuk , TUN M DAN 40 ORANG PENYAMUN.
Hehehe...jangan marahhhh haaaa..!!!
Admin: Aku adalah penceramah UMNO negeri dari 2011 hingga 2015. Secara rasmi keluar dari UMNO pada 2016 dgn menyertai BERSATU. JOM HEBOHkan rakyat Malaysia akan menyokong HARAPAN pada PRU14 nanti.
Satu lg...perasan tak TV3suku dan Utusan macam dah tk berminat nk laporkan tentang isu forex. Kesihan kan....!!! Aku undur diri dulu.
Terima kasih.
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel ALLAH SWT MENGGAGALKAN USAHA JAHAT TERHADAP TUN M BERKAITAN RCI FOREX
Sekianlah artikel ALLAH SWT MENGGAGALKAN USAHA JAHAT TERHADAP TUN M BERKAITAN RCI FOREX kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel ALLAH SWT MENGGAGALKAN USAHA JAHAT TERHADAP TUN M BERKAITAN RCI FOREX dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/09/allah-swt-menggagalkan-usaha-jahat.html