Pakatan tolak kerjasama dengan PAS, sedia lawan 3 penjuru PRU14

Pakatan tolak kerjasama dengan PAS, sedia lawan 3 penjuru PRU14 - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pakatan tolak kerjasama dengan PAS, sedia lawan 3 penjuru PRU14, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pakatan tolak kerjasama dengan PAS, sedia lawan 3 penjuru PRU14
link : Pakatan tolak kerjasama dengan PAS, sedia lawan 3 penjuru PRU14

Baca juga


Pakatan tolak kerjasama dengan PAS, sedia lawan 3 penjuru PRU14

 
 
Oleh

PAKATAN Harapan (PH) bersetuju menolak sebarang kerjasama dengan PAS dan bersedia untuk berdepan dengan pertembungan tiga penjuru pada PRU14 akan datang.

Pengerusi PH Dr Mahathir Mohamad berkata, keputusan itu dicapai sebulat suara dalam mesyuarat Majlis Presiden malam tadi.

"PH tidak akan bekerjasama dengan PAS dalam PRU14.

"PH sedang merangka strategi untuk kemungkinan menghadapi pertandingan tiga penjuru dalam PRU14," kata Dr Mahathir dalam satu kenyataan malam ini.

Kenyataan itu turut ditandatangani Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamad Sabu.
Pengarah Pilihan Raya PH, Azmin Ali yang juga menteri besar Selangor bagaimanapun tidak hadir dalam mesyuarat itu.

PKR sebelum ini mahu terus bekerjasama dengan PAS terutamanya di Selangor walaupun parti Islam itu memutuskan hubungan dengan mereka pada Mei.

Walaupun memutuskan hubungan dengan PKR, PAS masih terus bersama dengan kerajaan Selangor pimpinan Azmin.

Wan Azizah dan Azmin membuat kejutan apabila melawat Presiden PAS Abdul Hadi Awang di hospital di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Selepas itu, Wan Azizah memberitahu media PKR tidak menolak untuk bekerjasama dengan PAS pada PRU14.


Pengumuman Wan Azizah itu menyebabkan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR William Leong meletakkan jawatan sebagai anggota Biro Politik parti.

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli pada Ahad mendesak partinya mengadakan kongres khas dalam isu hubungan bersama PAS.

Azmin semalam menolak keperluan mengadakan kongres khas dan mempersoalkan mengapa Rafizi mendedahkan isu dalaman parti kepada media.

"Itu adalah pandangan peribadi yang tidak dibincangkan oleh parti. Dalam mana-mana organisasi perbezaan pandangan dan pendekatan memang berlaku.

"Namun kepimpinan membawa maksud kita mesti mempunyai keupayaan untuk menguruskan perbezaan pandangan dan pendekatan dengan bijaksana dan tertib.

"Tidak ada keperluan untuk mendedahkan perkara ini kepada media kerana kepimpinan yang ada pada masa ini dipilih oleh akar umbi,maka kita kena beri mandat kepada kepimpinan," katanya kepada pemberita hari ini.

Bagaimanapun hari ini sekumpulan pemimpin akar umbi menyokong desakan Rafizi agar kongres khas diadakan mengatakan isu kerjasama dengan PAS mengelirukan mereka.



Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Pakatan tolak kerjasama dengan PAS, sedia lawan 3 penjuru PRU14

Sekianlah artikel Pakatan tolak kerjasama dengan PAS, sedia lawan 3 penjuru PRU14 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pakatan tolak kerjasama dengan PAS, sedia lawan 3 penjuru PRU14 dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/08/pakatan-tolak-kerjasama-dengan-pas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :