Kerajaan laksana aplikasi nombor giliran elak pesakit beratur lama

Kerajaan laksana aplikasi nombor giliran elak pesakit beratur lama - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kerajaan laksana aplikasi nombor giliran elak pesakit beratur lama, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerajaan laksana aplikasi nombor giliran elak pesakit beratur lama
link : Kerajaan laksana aplikasi nombor giliran elak pesakit beratur lama

Baca juga


Kerajaan laksana aplikasi nombor giliran elak pesakit beratur lama

 
Klinik Kesihatan Seri Kembangan dipilih untuk projek perintis itu yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat bagi menangani masalah orang ramai beratur terlalu lama untuk mendapatkan nombor giliran, selain mengelakkan kesesakan di dalam klinik.


hilmi-yahya


IPOH: Aplikasi yang memudahkan orang ramai mendapatkan nombor giliran secara dalam talian ketika mereka hendak mendapatkan perkhidmatan di klinik kesihatan kerajaan akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, aplikasi itu merupakan inisiatif kementeriannya untuk menangani masalah orang ramai beratur terlalu lama untuk mendapatkan nombor giliran, selain mengelakkan kesesakan di dalam klinik.

“Ada yang terpaksa datang 6 pagi dan berdiri sampai ke pintu untuk mendapatkan nombor giliran. Ini langkah kita nak mudahkan pesakit…Sekiranya projek ini berjaya, kita akan kembangkan ke klinik kesihatan lain di seluruh negara.

“Aplikasi ini akan memberitahu nombor giliran terkini. Sebagai contoh sekarang nombor (giliran) 40, jika nombor pesakit 80, dia (pesakit) perlu bersedia,” katanya.

Katanya, Klinik Kesihatan Seri Kembangan dipilih untuk projek perintis itu yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat, sebelum sistem itu diperluaskan ke klinik kesihatan lain.

Selain itu, beliau berkata, kementeriannya akan melaksanakan penyimpanan rekod kesihatan bayi menerusi Mykid bagi mengelakkan maklumat kesihatan hilang.

“Jika menggunakan buku rekod, apabila ia hilang, rekod di dalamnya juga hilang. Sebagai contoh tahun lepas ada kes kematian bayi akibat difteria dan apabila disemak, bayi itu tidak dapat imunisasi yang lengkap kerana buku rekod hilang.

“Jadi, untuk mengelakkan perkara ini berulang, kita akan masukkan maklumat kesihatan di dalam cip (Mykid) dan seterusnya ia disimpan di dalam ‘cloud’,” katanya sambil menambah projek itu akan dilaksanakan segera.

Tambah beliau, sekiranya projek itu berjaya, ia akan diperluaskan untuk Mykad.



Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Kerajaan laksana aplikasi nombor giliran elak pesakit beratur lama

Sekianlah artikel Kerajaan laksana aplikasi nombor giliran elak pesakit beratur lama kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kerajaan laksana aplikasi nombor giliran elak pesakit beratur lama dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/08/kerajaan-laksana-aplikasi-nombor.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :