Guan Eng belum mohon maaf, SPRM pertimbang tindakan

Guan Eng belum mohon maaf, SPRM pertimbang tindakan - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Guan Eng belum mohon maaf, SPRM pertimbang tindakan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Guan Eng belum mohon maaf, SPRM pertimbang tindakan
link : Guan Eng belum mohon maaf, SPRM pertimbang tindakan

Baca juga


Guan Eng belum mohon maaf, SPRM pertimbang tindakan

 
Ketua menteri Pulau Pinang berdepan tindakan sivil atau jenayah sekiranya tidak menarik balik kenyataan mengenai penahanan exco, kata SPRM.


Dzulkifli-Ahmad-lim-guan-eng2


JELEBU: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berdepan tindakan sivil atau jenayah sekiranya beliau tidak memohon maaf secara terbuka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam tempoh yang ditetapkan.

Ini berikutan kenyataannya yang menyifatkan tindakan menahan Exco Phee Boon Poh sebagai “penahanan haram”, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzuklifli Ahmad.

Beliau berkata setakat ini, SPRM masih belum menerima sebarang permohonan maaf daripada Guan Eng.

“Sebagaimana saya kata sebelum ini, kita minta Guan Eng tarik balik kenyataan beliau dan memohon maaf secara terbuka dalam tempoh yang kita tetapkan.

“Jika tiada (permohonan maaf secara terbuka), baru kita tengok apa tindakan yang patut diambil sama ada bersifat sivil atau jenayah,” katanya kepada pemberita selepas Program Ziarah Kasih SPRM siri 3 di Sekolah Menengah Triang Hilir, Simpang Durian di sini, hari ini.

SPRM, dalam kenyataannya semalam, meminta Guan Eng membuat permohonan maaf itu secara terbuka tanpa syarat kepada SPRM dalam tempoh 48 jam daripada kenyataan itu dikeluarkan atau tindakan undang-undang akan diambil terhadapnya.

SPRM berkata kenyataan Guan Eng yang menyifatkan penahanan Boon Poh sebagai “penahanan haram” adalah kenyataan berunsur fitnah yang bertujuan memburuk-burukkan nama baik serta mencemarkan dan menjejaskan reputasi SPRM



Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Guan Eng belum mohon maaf, SPRM pertimbang tindakan

Sekianlah artikel Guan Eng belum mohon maaf, SPRM pertimbang tindakan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Guan Eng belum mohon maaf, SPRM pertimbang tindakan dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/08/guan-eng-belum-mohon-maaf-sprm.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :