Judul : VIDEO Penduduk SERANG BERPARANG Kenduri Kahwin
link : VIDEO Penduduk SERANG BERPARANG Kenduri Kahwin
VIDEO Penduduk SERANG BERPARANG Kenduri Kahwin
KUALA LUMPUR - Bunyi bising konvoi motosikal dan mercun telah ‘meriuhkan’ sebuah majlis perkahwinan apabila berlaku pergaduhan membabitkan dua kumpulan.
Kejadian berlaku kira-kira jam 1 petang di Dewan Pusat Komuniti Taman Melati, Gombak, Sabtu lalu, dipercayai membabitkan penduduk kawasan sekitar dan pihak pengantin lelaki.
Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Deputi Superintenden Ramli Kasa berkata, punca pergaduhan disebabkan rombongan konvoi bermotosikal tersebut yang membuat bising ketika ketibaan pengantin selain bunyi letupan mercun.
Menurutnya, bunyi bising itu telah menimbulkan rasa tidak selesa penduduk sekitar.
“Rasa tidak puas hati itu menyebabkan rombongan tersebut diserang penduduk.
“Kejadian ini telah menyebabkan gerai berhampiran dan pintu dewan mengalami kerosakan. Sebuah kereta juga turut terkena tempias dalam insiden berkenaan,” katanya.
Beliau berkata, polis masih menjalankan siasatan berhubung insiden terbabit.
Katanya, pihaknya masih mengesan dua kumpulan terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.
Rakaman pergaduhan berdurasi 1 minit 38 saat itu telah tular di laman sosial dan telah menerima pelbagai reaksi daripada netizen.
Video tersebut menunjukkan beberapa individu yang menendang dan merosakkan motosikal selain terdapat mereka yang bersenjatakan parang.
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel VIDEO Penduduk SERANG BERPARANG Kenduri Kahwin
Sekianlah artikel VIDEO Penduduk SERANG BERPARANG Kenduri Kahwin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel VIDEO Penduduk SERANG BERPARANG Kenduri Kahwin dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/07/video-penduduk-serang-berparang-kenduri.html