Syarat lulus BM: PERKASA fail notis tuntutan ke atas KKM

Syarat lulus BM: PERKASA fail notis tuntutan ke atas KKM - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Syarat lulus BM: PERKASA fail notis tuntutan ke atas KKM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Syarat lulus BM: PERKASA fail notis tuntutan ke atas KKM
link : Syarat lulus BM: PERKASA fail notis tuntutan ke atas KKM

Baca juga


Syarat lulus BM: PERKASA fail notis tuntutan ke atas KKM


Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) hari ini memfailkan notis tuntutan terhadap Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Notis tuntutan tersebut dibuat ekoran pelonggaran syarat lulus Bahasa Melayu bagi jawatan kontrak pegawai perubatan gred UD41 di KKM.
Presiden PERKASA, Datuk Dr Ibrahim Ali berkata, tuntutan tersebut bagi tidak membenarkan KKM menguatkuasakan kelonggaran syarat lulus Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Malah, Ibrahim berkata sekiranya tempoh tujuh hari dari 4 Julai 2017, PERKASA akan memfailkan tindakan saman di Mahkamah Tinggi untuk membatalkan sebarang dasar yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
"PERKASA sudah buat pendirian apa saja isu yang membabitkan kepentingan negara dan lebih khusus perkara yang berkaitan dengan Perlembagaan dan undang-undang seperti Fasal 153 yang jelas menyebut Islam sebagai agama Persekutuan, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Raja-raja Melayu dan hak keistimewaan Melayu.
"Kita dah buat keputusan mana-mana pihak termasuk kerajaan jika pada pandangan kita bertentangan dengan asas Perlembagaan negara dan fasa yang saya sebutkan tadi kita akan pergi ke mahkamah. Dalam apa saja isu," tegas Ibrahim dalam sidang medianya di ibu pejabat PERKASA, Kuala Lumpur.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada 2 Julai dilapor berkata, graduan perubatan yang berkelayakan diberi kelonggaran syarat kelayakan lulus Bahasa Melayu bagi SPM untuk dilantik secara kontrak sebagai pegawai perubatan gred UD41.
Kata Noor Hisham, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) juga telah memberi persetujuan untuk kelonggaran syarat itu pada 23 Februari lalu.
Beliau berkata, calon yang memohon lantikan secara tetap sebagai pegawai perubatan di Kementerian Kesihatan juga perlu lulus BM di peringkat SPM.



Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Syarat lulus BM: PERKASA fail notis tuntutan ke atas KKM

Sekianlah artikel Syarat lulus BM: PERKASA fail notis tuntutan ke atas KKM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Syarat lulus BM: PERKASA fail notis tuntutan ke atas KKM dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/07/syarat-lulus-bm-perkasa-fail-notis.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :