Pemuda PAS Perak cabar Husam, Kit Siang namakan calon KM P.Pinang

Pemuda PAS Perak cabar Husam, Kit Siang namakan calon KM P.Pinang - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pemuda PAS Perak cabar Husam, Kit Siang namakan calon KM P.Pinang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pemuda PAS Perak cabar Husam, Kit Siang namakan calon KM P.Pinang
link : Pemuda PAS Perak cabar Husam, Kit Siang namakan calon KM P.Pinang

Baca juga


Pemuda PAS Perak cabar Husam, Kit Siang namakan calon KM P.Pinang

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Ketua Pemuda PAS Perak, Mohd Akmal Kamaruddin hari ini mencabar Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Naib Presiden Amanah, Datuk Husam Musa menamakan calon bagi ketua menteri Pulau Pinang yang didakwanya masih samar.
 
"Jika Husam dan Kit Siang bermaruah, sepatutnya mereka terlebih dahulu menamakan calon ketua menteri Pulau Pinang yang kini kabur setelah Lim Guan Eng berhadapan skandal rasuah," kata Mohd Akmal dalam satu kenyataan hari ini.
 
Guan Eng berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2008 selepas didakwa menyalahgunakan kuasa dalam pengezonan semula sebidang tanah.
 
Beliau juga menghadapi pertuduhan lain di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan berhubung pembelian sebuah banglo di bawah nilai pasaran.
 
Menurut Mohd Akmal, kenyataan Husam bahawa PAS tidak pernah mengemukakan nama calon menteri besar Kelantan jelas memperlekeh dan menghina allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
 
"Mereka berdua nampaknya punya banyak persamaan dalam ‘keterujaan dan keghairahan’," katanya.
 
Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Kelantan Nasaruddin Daud berkata pengumuman Kit Siang sebenarnya membunuh karier politik bekas pemimpin PAS itu.
 
Katanya, berdasarkan sejarah dahulu, Umno pernah melakukan perkara sama kepada Datuk Dr Awang Adek Hussin dan ia memberi kesan yang teruk kepada pemimpin berkenaan.
 
"PAS tidak terancam, bagi saya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada DAP atas pengumuman itu. Dalam kes Umno, mereka menyebut pemimpin mereka sendiri, tetapi sokongan DAP terhadap Amanah membawa impak negatif yang lebih besar," katanya dipetik Sinar Harian.
 
 


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Pemuda PAS Perak cabar Husam, Kit Siang namakan calon KM P.Pinang

Sekianlah artikel Pemuda PAS Perak cabar Husam, Kit Siang namakan calon KM P.Pinang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pemuda PAS Perak cabar Husam, Kit Siang namakan calon KM P.Pinang dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/07/pemuda-pas-perak-cabar-husam-kit-siang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :