[MELAYU KALAH LAGI] Longgar syarat lulus BM satu pengkhianatan kepada negara: Ridhuan Tee

[MELAYU KALAH LAGI] Longgar syarat lulus BM satu pengkhianatan kepada negara: Ridhuan Tee - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [MELAYU KALAH LAGI] Longgar syarat lulus BM satu pengkhianatan kepada negara: Ridhuan Tee, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [MELAYU KALAH LAGI] Longgar syarat lulus BM satu pengkhianatan kepada negara: Ridhuan Tee
link : [MELAYU KALAH LAGI] Longgar syarat lulus BM satu pengkhianatan kepada negara: Ridhuan Tee

Baca juga


[MELAYU KALAH LAGI] Longgar syarat lulus BM satu pengkhianatan kepada negara: Ridhuan Tee


Kelonggaran syarat lulus Bahasa Melayu peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi pelantikan jawatan Pegawai Perubatan Gred UD41 adalah satu pengkhianatan kepada negara.
Demikian kekesalan yang diluahkan oleh pendakwah bebas, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah ketika diminta mengulas berhubung isu berkenaan.
Beliau berkata, ianya jelas satu pengkhianatan oleh pihak yang bertanggungjawab meluluskannya dan juga pelajar perubatan yang mahu melepaskan diri.
Katanya, pihak bertanggungjawab sanggup mengenepikan agenda negara semata-mata mahu meraikan pelajar perubatan.
“Belajar daripada Jepun selepas menjadi padang jarak padang tekukur dalam Perang Dunia Ke-II pada 1945. Jepun belajar erti membina negara.
“Membina negara adalah segalanya sebelum membina perkara lain. Jepun amalkan making people before making product. Bina insan dahulu sebelum keluarkan produk,” katanya ketika dihubungi Ismaweb, hari ini.
Bagaimanapun Ridhuan Tee berkata, keadaan itu berbeza dengan Malaysia, di mana mengeluarkan produk tanpa membina insan.
“Inilah malapetaka yang akan menimpa. Kelayakan asas bahasa negara adalah isu negara dan tidak boleh dimain-main atau diperjudikan.
“Nampaknya kita suka memperjudikan isu negara. Jika beginilah caranya kita membina negara, pasti kita akan keluar menjadi negara maju yang gagal. Tidak ada erti kemajuan meterial tanpa disertai dengan kemajuan pembangunan insan,” katanya.
Serentak itu katanya, pihak yang bertanggungjawab terhadap perkara itu dan pelajar perubatan sepatutnya berasa malu keputusan berkenaan.
“Tidak ada negara yang sanggup membuat keputusan hina, kerana pada mereka negara jauh lebih besar daripada individu.
“Belajarlah daripada negara lain bagaimana mereka membina negara, jika tidak mahu belajar daripada bangsa dan negara sendiri,” katanya. - ismaweb


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel [MELAYU KALAH LAGI] Longgar syarat lulus BM satu pengkhianatan kepada negara: Ridhuan Tee

Sekianlah artikel [MELAYU KALAH LAGI] Longgar syarat lulus BM satu pengkhianatan kepada negara: Ridhuan Tee kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [MELAYU KALAH LAGI] Longgar syarat lulus BM satu pengkhianatan kepada negara: Ridhuan Tee dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/07/melayu-kalah-lagi-longgar-syarat-lulus_3.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :