Lanjut khidmat Raus canggah perlembagaan, kata Hanipa

Lanjut khidmat Raus canggah perlembagaan, kata Hanipa - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lanjut khidmat Raus canggah perlembagaan, kata Hanipa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lanjut khidmat Raus canggah perlembagaan, kata Hanipa
link : Lanjut khidmat Raus canggah perlembagaan, kata Hanipa

Baca juga


Lanjut khidmat Raus canggah perlembagaan, kata Hanipa

 MALAYSIA DATELINE

Hanipa Maidin


Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin yang juga peguam setuju dengan pandangan bekas ketua hakim negara Tun Abdul Hamid Mohamad bahawa lanjutan khidmat Tan Sri Md Raus Sharif sebagai ketua hakim negara untuk tempoh tiga tahun lagi bercanggah dengan perlembagaan.

Hal ini kerana Raus berusia 66 tahun enam bulan pada 4 Ogos lalu.

Perkara 125(1) Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa hakim mahkamah persekutuan tidak boleh berkhidmat lebih daripada 66 tahun.

Raus akan menyandang jawatan ketua hakim negara bagi tempoh tiga tahun bermula 4 Ogos ini selepas dilantik sebagai hakim tambahan bagi Mahkamah Persekutuan mulai tarikh dan bagi tempoh yang sama.

"Menurut hemat saya, pelantikan itu adalah tidak sah dan saya setuju dengan pendapat mantan ketua hakim negara, Tun Hamid yang kata lanjutan pelantikan Tan Sri Raus adalah bercanggah dengan Perkara 125(1) Perlembagaan Persekutuan," katanya hari ini.

Pengerusi Biro Undang-undang Amanah (Kanun) itu juga berkata, kerajaan cuba berselindung di sebalik Fasal 1A Perkara 122 Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan pelantikan itu.

"Semua tahu sebelum ini kerajaan dah lanjutkan pelantikan Tan Sri Raus sebagai ketua hakim sebab umur dia dah cecah 66 tahun tapi lanjutan itu dah nak habis tempoh.

"Saya nak ketawa bila kerajaan kata pelantikan Tan Sri Raus untuk tempoh tiga tahun lagi dibuat di bawah Perkara 122 (1A) sedangkan Perkara 122 (1A) tu kata bila Yang di-Pertuan Agong nak lantik hakim tambahan Mahkamah Persekutuan kena dapat nasihat bekas hakim dulu," katanya.

Berdasarkan Fasal 1 Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong atas nasihat perdana menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-raja yang bersidang pada 24 dan 25 Mei tahun ini, memperkenankan kedua-dua pelantikan itu.

Hanipa mempersoal sama ada timbulnya konflik kepentingan mengenai isu ini.

"Isunya siapa bekas ketua hakim yang nasihat Yang di-Pertuan Agong jika bukan Tan Sri Raus? Tak ada konflik kepentingan dan bias ke?" soalnya.



Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Lanjut khidmat Raus canggah perlembagaan, kata Hanipa

Sekianlah artikel Lanjut khidmat Raus canggah perlembagaan, kata Hanipa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lanjut khidmat Raus canggah perlembagaan, kata Hanipa dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/07/lanjut-khidmat-raus-canggah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :