Judul : Warga Pendidik Sering Terbabit Tiga Kesalahan Rasuah
link : Warga Pendidik Sering Terbabit Tiga Kesalahan Rasuah
Warga Pendidik Sering Terbabit Tiga Kesalahan Rasuah
KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah mendedahkan tiga kesalahan rasuah yang sering dilaporkan kepadanya melibatkan warga pendidikan di Sabah khususnya pengetua dan guru besar sekolah.
Timbalan Pengarah (Operasi) SPRM Negeri Karunanithy Y. Subbiah berkata aduan itu melibatkan penerimaan rasuah daripada pembekal atau kontraktor, salah guna kedudukan dengan memberikan kontrak kepada anggota keluarga terdekat dan membuat tuntutan palsu bagi kerja pembekalan yang tidak dilaksanakan sepenuhnya.
“Saya menyeru semua pentadbir sekolah agar memandang serius perkara ini dan meminta supaya tidak terlibat dengan perbuatan sedemikian,” katanya pada majlis menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) di sini, hari ini.
Karunanithy juga berharap ikrar yang ditandatangani itu dihayati sepenuhnya oleh warga JPNS dan bertindak membebaskan diri daripada amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa,
Pengarah Pendidikan Negeri Datuk Maimunah Suhaibul berkata seramai 36 pegawai pengurusan tertinggi JPNS menandatangani IBR manakala warga Pejabat Pendidikan dan pengurusan sekolah di peringkat daerah bakal berbuat demikian dalam masa terdekat.
“JPNS berharap semua pegawai dapat menjalankan tugas dengan penuh integriti dan akauntabiliti dan juga ketelusan serta bebas daripada sebarang penyalahgunaan kuasa dan jenayah rasuah,” katanya. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sl2DSh
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel Warga Pendidik Sering Terbabit Tiga Kesalahan Rasuah
Anda sekarang membaca artikel Warga Pendidik Sering Terbabit Tiga Kesalahan Rasuah dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/warga-pendidik-sering-terbabit-tiga.html