Judul : Wanita Cedera Parah Ditetak Tiga Perompak
link : Wanita Cedera Parah Ditetak Tiga Perompak
Wanita Cedera Parah Ditetak Tiga Perompak
KULIM – Seorang wanita cedera parah ditetak tiga perompak bertopeng dan bersenjatakan parang panjang yang memecah masuk ke rumahnya di Taman Desa Impian di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kulim Supt Ahmad Nasir Jaafar berkata dalam rompakan yang berlaku pada kira-kira 6 pagi itu, wanita berusia 43 tahun itu cedera di lengan, paha dan kepala dan kini dirawat di Hospital Kulim namun keadaannya dilaporkan stabil.
“Kejadian berlaku ketika wanita dan dua anaknya berusia 19 dan 17 tahun sedang bersiap-siap untuk ke tempat kerja dan sekolah sebelum rumahnya diserbu masuk tiga perompak berkenaan.
“Perompak berkenaan telah mengurung kedua-dua anak mangsa dan memaksa mangsa menunjukkan barang kemas dan berharga yang lain,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata wanita itu kemudiannya telah ditetak namun kedua-dua anaknya tidak dicederakan sebelum perompak melarikan diri.
Polis kini giat memburu perompak berkenaan, katanya. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rtY0a2
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel Wanita Cedera Parah Ditetak Tiga Perompak
Anda sekarang membaca artikel Wanita Cedera Parah Ditetak Tiga Perompak dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/wanita-cedera-parah-ditetak-tiga.html