Wan Nor Athirah Bukan Saja Pelajar 'Istimewa' Tapi Sangat Baik, Lurus

Wan Nor Athirah Bukan Saja Pelajar 'Istimewa' Tapi Sangat Baik, Lurus - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Wan Nor Athirah Bukan Saja Pelajar 'Istimewa' Tapi Sangat Baik, Lurus, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Wan Nor Athirah Bukan Saja Pelajar 'Istimewa' Tapi Sangat Baik, Lurus
link : Wan Nor Athirah Bukan Saja Pelajar 'Istimewa' Tapi Sangat Baik, Lurus

Baca juga


Wan Nor Athirah Bukan Saja Pelajar 'Istimewa' Tapi Sangat Baik, Lurus

Wan Nor Athirah Bukan Saja Pelajar 'Istimewa' Tapi Sangat Baik, Lurus

Keadaan kemalangan ngeri yang berlaku di Kilometer 25 Jalan Bahau-Keratong, berhampiran Ladang Risda Palong, Negeri Sembilan yang menarik perhatian ramai/ (Gambar ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia)

Pada 11 Jun lalu, seramai enam ahli sebuah keluarga rentung apabila Proton Exora dinaiki mereka terbakar selepas terbabit dalam satu kemalangan jalan raya di Kilometer 25 Jalan Bahau - Keratong, berhampiran Ladang Risda Palong, Negeri Sembilan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.15 petang tersebut, Proton Exora itu terbakar selepas merempuh sebuah treler membawa muatan sawit yang terbabas ke laluan bertentangan selepas gagal memotong sebuah motosikal aiskrim. Turut maut dalam kemalangan itu sepasang suami isteri yang menaiki sebuah Perodua Myvi kerana berlanggar dengan sebuah Toyota Vios ketika cuba mengelak treler berkenaan di lokasi kejadian.

Mangsa yang maut

Mangsa yang rentung dalam Proton Exora berkenaan ialah pasangan suami isteri Wan Mohd. Fauzi Wan Ibrahim, 51 dan Masnoraida M.Yusoof,45, serta  anak mereka, Wan Muhammad Muhaimin, 22, Wan Nor Athirah, 18,  Wan Muhammad Amar Haziq, 13, dan Wan Noralesya, 7.

Lebih menyedihkan, salah seorang mangsa iaitu Wan Nor Athirah merupakan 'anak syurga' iaitu seorang remaja orang kurang upaya (OKU) yang mengalami masalah pembelajaran. Lazimnya pelajar 'istimewa' mengalami masalah pembelajaran disebabkan autisme.

Menurut satu-satunya ahli keluarga itu yang masih hidup, Wan Muhammad Hazim Wan Mohd. Fauzi, 19, kemalangan itu berlaku sewaktu ahli keluarganya yang lain dalam perjalanan menghantar Wan Nor Athirah pulang ke SMPKV Kuantan dari Putrajaya.

Insiden yang turut mendapat liputan meluas pihak media itu menyayat hati ramai rakyat Malaysia yang bersedih dengan musibah berkenaan dengan berkongsi perasaan mereka di media sosial.

Bahagian Pendidikan Khas berkongsi kesedihan

Pengarah Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan, Shazali Ahmad dalam satu kenyataan melalui akaun Facebook turut menzahirkan perasaan pilu ke atas kematian remaja terbabit. Wan Norathirah merupakan pelajar Tingkatan 4 di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Kuantan atau nama ringkasnya (SMPKV) Kuantan, Pahang.

"Saya mewakili seluruh warga Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan mengucapkan salam takziah atas pemergian seorang murid berkeperluan khas daripada SMPKV Kuantan yang terlibat dalam korban jalan raya.

"Mangsa merupakan pelajar Tingkatan 4 dari SMPKV Kuantan yang sedang mengikuti kursus pembantu penyediaan makanan. Kemalangan turut menyebabkan ibu bapa serta tiga adik beradik arwah terkorban. Semoga roh arwah ditempatkan bersama para sahabat Rasullulah S.A.W," katanya.

Keperibadian Wan Nor Athirah

Kematian Wan Nor Athirah turut mengundang simpati warga Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan yang bersama menzahirkan simpati mereka di media sosial.

Salah seorang daripada mereka yang menggunakan akaun Facebook, Solehah Misron memaklumkan pihaknya turut mengadakan majlis tahlil untuk arwah dan semua ahli keluarganya yang terkorban.

Nyeeza Mohd pula memaklumkan, Wan Nor Athirah merupakan bekas pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi ( PPKI) Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 (2) sebelum menyambung pelajaran di SMPKV Kuantan.

"Sempat saya bawa pelajar ini ke sukan balapan dan permainan sebanyak dua  kali. Saya masih ingat selalu mengusiknya. Budaknya sangat baik dan lurus," katanya.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rlGGUr

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Wan Nor Athirah Bukan Saja Pelajar 'Istimewa' Tapi Sangat Baik, Lurus

Sekianlah artikel Wan Nor Athirah Bukan Saja Pelajar 'Istimewa' Tapi Sangat Baik, Lurus kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Wan Nor Athirah Bukan Saja Pelajar 'Istimewa' Tapi Sangat Baik, Lurus dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/wan-nor-athirah-bukan-saja-pelajar_13.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :