"Walau Lambat," Persatuan Anak Peneroka "Puji" Isa Letak Jawatan !

"Walau Lambat," Persatuan Anak Peneroka "Puji" Isa Letak Jawatan ! - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul "Walau Lambat," Persatuan Anak Peneroka "Puji" Isa Letak Jawatan !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : "Walau Lambat," Persatuan Anak Peneroka "Puji" Isa Letak Jawatan !
link : "Walau Lambat," Persatuan Anak Peneroka "Puji" Isa Letak Jawatan !

Baca juga


"Walau Lambat," Persatuan Anak Peneroka "Puji" Isa Letak Jawatan !

PETALING JAYA: Walaupun lambat, Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) menyifatkan peletakan jawatan Tan Sri Isa Samad sebagai pengerusi Felda Global Ventures Holdings (FGV) Bhd sebagai tindakan tepat.

Presidennya, Mazlan Aliman ketika dihubungi menyifatkan peletakan jawatan Isa sebagai berita baik untuk peneroka Felda.
Isa meletak jawatan serta-merta hari ini, beberapa jam selepas mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Najib Razak di Putrajaya, pagi tadi.
Susulan itu, Perdana Menteri mengumumkan pakar ekonomi veteran, Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob memangku jawatan ditinggalkan Isa.
Bagi menghargai Isa, beliau dilantik sebagai pemangku pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), jawatan yang dikosongkan Tan Sri Syed Hamid Albar selepas bersara pada 3 Jun lalu.
Najib berkata, tindakan dalaman juga akan diambil untuk menentukan proses keadilan terhadap apa yang berlaku ke atas Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Zakaria Arshad dan 3 pegawai kanan lain.
Peletakan jawatan Isa di sebalik kemelut dihadapi syarikat perladangan gergasi itu yang berdepan pelbagai tuduhan salah laku dan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Mengenai pelantikan Sulaiman, Mazlan berkata, timbul tanda tanya ketika beliau memegang jawatan Pengarah Bukan Eksekutif bebas dalam FGV.
“Dia sebelum ini adalah Pengarah Bukan Eksekutif FGV, ertinya dia ada peranan sebelum ini. Cuma timbul juga tanda tanya waktu beliau berada di situ, apakah peranan yang dimainkan beliau sehingga FGV berada dalam keadaan bermasalah.
“Kalau kita perhatikan ketua pegawai eksekutif ini telah bertukar dari zaman Tan Sri Sabri Ahmad, kemudian Datuk Mohd Emir Mavani Abdullah sehinggalah kepada zaman Datuk Zakaria Arshad dan saya tak pasti apakah peranan dilakukan Dr Sulaiman ini,” katanya.
Dalam pada itu, Mazlan berharap Zakaria yang kini digantung tugas akan dibenar menjalankan tugasnya semula.
“Saya harap kerajaan dalam masa sama menarik balik apa yang telah diputuskan Lembaga Pengarah FGV, sebab saya dari awal merasakan tidak adil tindakan penggantungan terhadap Zakaria.
“Soal siapa pengerusi yang benar-benar akan dilantik dalam FGV itu, kita harap biarlah calon-calon yang benar-benar mempunyai pengalaman luas dan mampu memikul tanggungjawab di ketika FGV itu sendiri berada dalam situasi sukar,” tegasnya. #sumber


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel "Walau Lambat," Persatuan Anak Peneroka "Puji" Isa Letak Jawatan !

Sekianlah artikel "Walau Lambat," Persatuan Anak Peneroka "Puji" Isa Letak Jawatan ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel "Walau Lambat," Persatuan Anak Peneroka "Puji" Isa Letak Jawatan ! dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/walau-lambat-persatuan-anak-peneroka_19.html

Subscribe to receive free email updates: