Judul : Video lelaki tak nak lepaskan motor dihanyut arus banjir di Hulu Langat
link : Video lelaki tak nak lepaskan motor dihanyut arus banjir di Hulu Langat
Video lelaki tak nak lepaskan motor dihanyut arus banjir di Hulu Langat
JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor masih belum dapat memastikan keadaan sebenar individu yang dilaporkan hanyut di Jalan Hulu Langat seperti tersebar menerusi video di laman sosial.
Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor Mohd Sani Harul, berkata kejadian itu dikesan ketika kejadian banjir di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Dusun Tua, kira-kira 4 petang, Sabtu.
“Sehingga ini, bomba belum menerima sebarang maklumat mengenai orang hilang dari mana-mana penduduk di kawasan berhampiran.
“Namun kita akan terus menggerakkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sekiranya benar individu itu hanyut,” katanya ketika dihubungi.
Katanya, bomba juga tidak tahu sekiranya lelaki terbabit mungkin sudah menyelamatkan dirinya atau sebaliknya.
“Jika dilihat pada maklumat yang diterima, dia dirakam hanyut ketika banjir di Dusun Tua yang arus itu akan membawanya ke Sungai Serai.
“Namun, pada masa itu keadaan di sungai itu surut dan berkemungkinan besar dia sudah terselamat,” katanya.
Video berdurasi 44 saat yang tular itu menunjukkan penunggang motosikal dibawa arus sambil beberapa penduduk di kawasan berhampiran menjerit dan mengarahkannya menuju ke tebing sungai.
Bagaimanapun, nasib lelaki itu tidak diketahui selepas dia dihanyutkan ke arah Sungai Serai.
Dalam perkembangan berkaitan, JBPM Selangor kini sudah mengerakkan tiga unit bot penyelamat ke kawasan yang masih ditenggelami air di Hulu Langat.
Selain itu, tumpuan utama pada masa ini adalah memindahkan penduduk di kawasan yang dikategorikan sebagai berisiko.
Sumber: Harian Metro
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sFndy9
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel Video lelaki tak nak lepaskan motor dihanyut arus banjir di Hulu Langat
Anda sekarang membaca artikel Video lelaki tak nak lepaskan motor dihanyut arus banjir di Hulu Langat dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/video-lelaki-tak-nak-lepaskan-motor_12.html