Judul : UGUTAN SAMAN ROSMAH HANYA CUBAAN GERTAK PENGKRITIK, KATA PEGUAM
link : UGUTAN SAMAN ROSMAH HANYA CUBAAN GERTAK PENGKRITIK, KATA PEGUAM
UGUTAN SAMAN ROSMAH HANYA CUBAAN GERTAK PENGKRITIK, KATA PEGUAM
UGUTAN Rosmah Mansor untuk menyaman mereka yang melakukan “penerbitan atau posting palsu, berniat jahat” terhadapnya hanya cubaan untuk menakutkan pengkritiknya dan pengguna media sosial tanpa mengambil tindakan undang-undang pun sebenarnya, kata peguam.
Semalam, Tetuan Noorhajran Mohd Noor, firma guaman yang mewakili Rosmah berkata sesiapa yang melakukan serangan berniat jahat terhadap isteri Perdana Menteri Najib Razak, akan berdepan tindakan undang-undang tanpa notis lanjut atau rujukan.
Kenyataan yang dikeluarkan itu turut berkata peguam Rosmah memantau semua posting di media sosial dan penerbitan lain berkaitan serangan palsu dan berniat jahat terhadapnya.
Peguam berkata ugutan seperti itu biasanya tidak berakhir dengan tindakan undang-undang sebenarnya seperti saman fitnah, kerana tindakan itu akan melibatkan kerja undang-undang dan Rosmah juga mungkin akan dipanggil memberi keterangan.
“Nampaknya mereka buat begitu untuk takutkan orang supaya jangan komen tentang dia. Ia hanya untuk takutkan orang lain,” kata Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty Eric Paulsen.
“Kerana akhirnya anda juga akan berada di mahkamah dan tertakluk dengan proses perundangan, walaupun anda plaintif. Sebaik saja saman difailkan, proses mahkamah akan berterusan dan semua orang terpaksa kemukakan dokumen. Rosmah terpaksa datang dan beri keterangan,” katanya.
Kenyataan Rosmah dikeluarkan sehari selepas Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS) mengemukakan saman untuk merampas aset bernilai AS$540 juta (RM2.3 bilion) yang dikaitkan dengan wang 1MDB.
Tuntutan saman terbaru DoJ, yang ketiga sejak tahun lalu membawa jumlah keseluruhan wang diselewengkan daripada 1MDB sebanyak AS$4.5 bilion.
Dalam pemfailan saman sivil ketiga dan terbaharu bagi pelucutan hak, DoJ ingin menyita antara lain, kapal layar Equanimity bernilai AS$165 juta (RM704 juta) dimiliki Jho Low, dan hak filem komedi “Dumb and Dumber To” dihasilkan Red Granite, syarikat penerbitan dimiliki bersama oleh Riza Aziz, anak tiri Najib.
DoJ juga mendakwa dalam tuntutan itu sekurang-kurangnya AS$27.3 juta digunakan oleh Low untuk membeli loket dan rantai bernilai merah jambu 22 karat untuk “Malaysian Official 1 wife”.
Paulsen berkata blog dan pengguna media sosial tidak sepatutnya menjadi sasaran kerana mereka bukan pemilik asal maklumat berkaitan 1MDB.
“Maklumat itu datang dari DoJ. Sumber lain ialah Wall Street Journal atau sekurang-kurangnya Sarawak Report.
“Jadi, daripada sasarkan pada blog, akhbar atau pengguna Facebook yang hanya mengulang apa sumber asal cakap, mereka sepatutnya menyaman entiti berkenaan.
“Jadi nampaknya mereka menyasarkan pihak paling lemah, bukan pihak yang mencabar mereka terlebih dulu,” kata Paulsen.
Peguam Siti Kasim individu atau penerbitan akan hanya boleh dikenakan tindakan undang-undang jika mereka membuat dakwaan subjektif yang tidak boleh dibuktikan di mahkamah.
“Jika mereka dakwa dia belanja mewah daripada 1MDB, ia cerita lain. Tetapi itu pun, jika dia saman berdasarkan fakta yang dia bukan penerima wang berkaitan 1MDB, peguamnya akan perlu mengemukakan bukti,” katanya.
Siti yang juga aktivis hak asasi manusia berkata tidak ada lagi isu undang-undang dalam menamakan Rosmah sebagai isteri MO1.
“Seorang menteri secara terbuka mengesahkan MO1 ialah perdana menteri dan sudah tentunya dia (Rosmah) ialah isteri perdana menteri. Saya tidak pasti bagaimana dia hendak tidak bersetuju dengan perkara itu,” kata Siti.
Pada tahun lalu, menteri Kabinet Abdul Rahman Dahlan mengesahkan Malaysian Official 1 merujuk kepada Najib tetapi berkata perdana menteri tidak disiasat.
“Peguam Rosmah perlu menyediakan hujahan yang sangat bagus. Kecuali mereka kata Rahman Dahlan menipu atau apa,” kata sit.
Peguam Surendra Ananth berkata selagi pengguna media sosial atau syarikat penerbitan tidak memuat naik tuduhan mereka sendiri yang tidak boleh dibuktikan, ugutan Rosmah untuk mengambil tindakan undang-undang agak goyang.
“Selagi mereka nyatakan apa dakwaan DoJ, saya tidak nampak bagaimana mereka boleh terdedah kepada tindakan,” katanya.
Surendra berkata mana-mana saman boleh dianggap tidak berasas jika penerbitan itu menggunakan pembelaan “kebenaran justifikasi”.
Katanya, beliau tidak nampak ada elemen kewartawanan tidak bertanggungjawab apabila media hanya melaporkan dokumen DoJ yang didedahkan.
– http://ift.tt/2pAR1dR
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rskK68
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel UGUTAN SAMAN ROSMAH HANYA CUBAAN GERTAK PENGKRITIK, KATA PEGUAM
Anda sekarang membaca artikel UGUTAN SAMAN ROSMAH HANYA CUBAAN GERTAK PENGKRITIK, KATA PEGUAM dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/ugutan-saman-rosmah-hanya-cubaan-gertak.html