Tuan Ibrahim: 'Menukar Kerajaan', Belum Tentu Akan Bawa Kebaikan

Tuan Ibrahim: 'Menukar Kerajaan', Belum Tentu Akan Bawa Kebaikan - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tuan Ibrahim: 'Menukar Kerajaan', Belum Tentu Akan Bawa Kebaikan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tuan Ibrahim: 'Menukar Kerajaan', Belum Tentu Akan Bawa Kebaikan
link : Tuan Ibrahim: 'Menukar Kerajaan', Belum Tentu Akan Bawa Kebaikan

Baca juga


Tuan Ibrahim: 'Menukar Kerajaan', Belum Tentu Akan Bawa Kebaikan

PETALING JAYA: Menukar sebuah kerajaan yang sedang memerintah belum tentu membawa manfaat kepada rakyat sekiranya parti politik baharu yang dipilih gagal melaksanakan perubahan seperti diharapkan, kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Dipetik Utusan Online, beliau berkata, walaupun menukar kerajaan sering dilabel sebagai kebangkitan rakyat, namun berdasarkan banyak bukti, perubahan yang diharapkan itu tidak pernah menjadi kenyataan.
Tuan Ibrahim yang memangku tugas presiden PAS berkata, keadaan itu dapat dilihat berdasarkan keadaan di beberapa negara apabila kerajaan baharu yang dipilih gagal menguruskan perubahan telah menyebabkan keadaan lebih porak-peranda dan akhirnya mengakibatkan berlakunya campur tangan kuasa asing.
“Bukan politik untuk menukar kerajaan sahaja yang utama tetapi menguruskan perubahan adalah lebih penting berbanding perubahan (kerajaan).
“Lihat sahaja di Iraq dan di Asia Barat apabila perubahan gagal diuruskan. Kita tolak rasuah dan salah guna kuasa, tetapi apabila perubahan yang dijanjikan tidak dilaksanakan dengan baik, keadaan menjadi lebih buruk,” kata beliau.
Menurut laporan itu, beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Pimpinan PAS Pusat di ibu negara semalam.
Tuan Ibrahim berkata, walaupun sedar kenyataannya itu boleh menimbulkan persepsi bahawa PAS sedang bekerjsama dengan Umno tetapi hakikatnya tanggapan itu adalah tidak benar.
“PAS mahu membawa gagasan politik yang matang. Kita mahu berubah daripada politik maki hamun kerana generasi kini sudah berubah, bukan lagi generasi seperti zaman sebelum merdeka,” katanya.
Parti itu yang baru-baru ini memutuskan kerjasama politik dengan PKR dan dengan DAP 2 tahun yang lalu tidak menganggotai Pakatan Harapan yang dibentuk bagi menggantikan Pakatan Rakyat.
Dalam 2 pilihan raya umum lalu PAS menjalin kerjasama dengan DAP dan PKR, di mana telah membawa kepada penurunan majoriti dua pertiga Barisan Nasional di Parlimen. Pada tahun 2008, kerjasama itu membawa kepada perubahan kerajaan negeri Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak selain Kelantan yang diperintah PAS sejak 1990. #sumber


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Tuan Ibrahim: 'Menukar Kerajaan', Belum Tentu Akan Bawa Kebaikan

Sekianlah artikel Tuan Ibrahim: 'Menukar Kerajaan', Belum Tentu Akan Bawa Kebaikan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tuan Ibrahim: 'Menukar Kerajaan', Belum Tentu Akan Bawa Kebaikan dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/tuan-ibrahim-menukar-kerajaan-belum.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :