Judul : Tradisi Ramadan, Pak Mail Kongsi Rezeki Agih Jemput-Jemput PERCUMA
link : Tradisi Ramadan, Pak Mail Kongsi Rezeki Agih Jemput-Jemput PERCUMA
Tradisi Ramadan, Pak Mail Kongsi Rezeki Agih Jemput-Jemput PERCUMA
Bulan Ramadan ramai yang berlumba-lumba, merebut peluang untuk bersedekah bagi menambah pahala pada bulan yang mulia ini.Tidak terkecuali bagi golongan peniaga.
Seorang peniaga, Ismail Bakar, 65, atau lebih dikenali sebagai Pak Mail Jemput-Jemput meneruskan tradisi buat tahun ketiga berturut-turut untuk mengagihkan jemput-jemput secara percuma kepada orang ramai sepanjang Ramadan.
Jika pada bulan dan hari-hari biasa, ia dijual untuk memperolehi keuntungan, namun berbeza bila memasuki bulan puasa lebih kepada bersedekah dan berkongsi rezeki dengan orang ramai untuk memperoleh ganjaran pahala.
“Sempena Ramadan mari kita bersedekah kepada mereka yang berpuasa.
“Orang ramai juga boleh menyumbang tepung gandum, minyak masak, gula dan buah-buahan seperti betik, tembikai susu, nanas serta pisang untuk dijadikan jemput-jemput sebelum diagihkan semula bagi juadah berbuka puasa.
“Ambillah seberapa banyak pun, asalkan habis dimakan ketika berbuka puasa kerana semua percuma,” kata Ismail Bakar, 64, kepada orang ramai yang datang ke gerai jemput-jemput yang diusahakannya sejak 18 tahun lalu di Jalan Kampung Melayu,Kluang sepanjang Ramadan.
Pak Mail berkata, tujuannya memberikan percuma kuih itu kerana ingin bersedekah serta mencari berkat pada bulan mulia ini selain berkongsi keuntungan yang diperolehi sepanjang tahun.
“Apa salahnya kita habiskan antara RM1,000 dan RM2,000 sepanjang Ramadan ini untuk bersedekah kerana apa yang diperoleh melalui keuntungan jualan sepanjang tahun melebihi daripada dikeluarkan ini.
Menurutnya lagi, orang ramai boleh mendapatkan jemput-jemput di gerai itu setiap hari sepanjang Ramadan bermula jam 4.30 petang hingga 6.30 petang dan perisa sama seperti hari biasa.
“Saya membuka peluang kepada orang ramai berkongsi bersedekah dengan menyumbangkan buah-buahan seperti pisang, betik, tembikai susu, nanas dan nangka untuk dijadikan jemput-jemput dan diagihkan kepada orang ramai.
“Semoga dengan apa yang dilakukan ini mendapat berkat daripada Allah seterusnya dilimpahi rahmat serta rezeki sama ada daripada sudut perniagaan mahupun pekerjaan lain,” katanya.
Justeru, Ismail dengan berbesar hati menjemput sesiapa saja yang meminati jemput-jemput diusahakannya datang ke gerainya dan mendapatkannya tanpa perlu membayar sesen pun.
Sumber: Saya Orang Johor & Harian Metro
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tozSlu
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel Tradisi Ramadan, Pak Mail Kongsi Rezeki Agih Jemput-Jemput PERCUMA
Anda sekarang membaca artikel Tradisi Ramadan, Pak Mail Kongsi Rezeki Agih Jemput-Jemput PERCUMA dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/tradisi-ramadan-pak-mail-kongsi-rezeki.html