Tindakan petani bakar harumanis dengan alasan buah rosak tak wajar – Jabatan Pertanian Negeri Perlis

Tindakan petani bakar harumanis dengan alasan buah rosak tak wajar – Jabatan Pertanian Negeri Perlis - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tindakan petani bakar harumanis dengan alasan buah rosak tak wajar – Jabatan Pertanian Negeri Perlis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tindakan petani bakar harumanis dengan alasan buah rosak tak wajar – Jabatan Pertanian Negeri Perlis
link : Tindakan petani bakar harumanis dengan alasan buah rosak tak wajar – Jabatan Pertanian Negeri Perlis

Baca juga


Tindakan petani bakar harumanis dengan alasan buah rosak tak wajar – Jabatan Pertanian Negeri Perlis

Jabatan Pertanian Negeri Perlis kesal dengan tindakan seorang pengusaha mangga Harumanis di negeri ini yang membakar sejumlah besar buah berkenaan kerana dikatakan telah rosak kesan lambakan akibat kurang permintaan.

Tindakan petani bakar harumanis dengan alasan buah rosak tak wajar - Jabatan Pertanian Negeri Perlis

Tindakan petani bakar harumanis dengan alasan buah rosak tak wajar – Jabatan Pertanian Negeri Perlis

Pengarahnya, Zulkifli Amin Mat Jusoh berkata tindakan tersebut amat tidak wajar memandangkan banyak alternatif bagi mengatasi lambakan buah Harumanis seperti diproses menjadi jus atau minuman kordial.

“Dek kerana permintaan kurang dan berlaku lambakan pengeluaran, orang Perlis terpaksa bakar Harumanis?…Itu salah sama sekali.

“Mujurlah hanya seorang pengusaha bertindak sedemikian.

“Memang diakui pada musim kali ini, permintaan sedikit merosot.

“(Kebetulan) Harumanis mencapai kemuncak pengeluarannya pada bulan puasa, jadi keghairahan untuk membeli dan memakan buah itu tidak seberapa,” kata Zulkifli Amin ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan muka depan sebuah akhbar hari ini yang bertajuk ‘Petani Perlis Bakar Harumanis, Harga Jatuh Mendadak’ ekoran lambakan pengeluaran.

Zulkifli Amin berkata pengeluaran Harumanis yang begitu banyak pada musim ini adalah rezeki dan rahmat besar yang dikurniakan di negeri ini yang tidak wajar disia-siakan begitu sahaja.

Pihak Jabatan Pertanian juga tidak melihat lambakan mangga itu sebagai satu masalah, malah berterusan membantu para petani komersial untuk memasarkan hasil mereka ke seluruh negara melalui pelbagai cara serta kerjasama dengan jabatan berkaitan yang lain, katanya.

“Bagi buah yang sudah terlalu masak, atau kualitinya terlalu rendah ia akan dijual kepada pengusaha yang menjalankan industri hiliran berasakan harumanis seperti membuat aiskrim dan kordial minuman, bukannya dibazirkan dengan dibakar atau dibuang,” jelasnya.

Mengulas lanjut Zulkifli Amin berkata selain pengeluran luar biasa tahun ini, imej Harumanis itu sendiri telah dicemari oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dengan menjual buah yang tidak berkualiti dan belum cukup matang demi mengaut keuntungan semata-mata.

Ada segelintir individu yang menanam Harumanis enggan menjaga pokok itu secara serius termasuk tidak melakukan proses membalut buah dengan kaedah yang betul sedangkan cara itu amat mempengaruhi kualiti buah.

-Bernama

Via: Malaysiakini

Loading...


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s4l8ce

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Tindakan petani bakar harumanis dengan alasan buah rosak tak wajar – Jabatan Pertanian Negeri Perlis

Sekianlah artikel Tindakan petani bakar harumanis dengan alasan buah rosak tak wajar – Jabatan Pertanian Negeri Perlis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tindakan petani bakar harumanis dengan alasan buah rosak tak wajar – Jabatan Pertanian Negeri Perlis dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/tindakan-petani-bakar-harumanis-dengan.html

Subscribe to receive free email updates: