Judul : Tiga Sebab Mengapa DUN Fail Rayuan
link : Tiga Sebab Mengapa DUN Fail Rayuan
Tiga Sebab Mengapa DUN Fail Rayuan
KUCHING: Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Undang-Undang, Hubungan Negeri dan Persekutuan dan Pemantauan Projek) Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali menjelaskan bahawa rayuan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi Kuching yang difailkan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) dilakukan atas tiga sebab penting demi kepentingan Negeri Sarawak.
"Terdapat keperluan untuk menentukan sempadan kuasa dengan lebih jelas antara dua cabang iaitu badan Legislatif dan badan Kehakiman, yang penting untuk fungsi demokrasi," kata beliau melalui kenyataan media, di sini semalam.
Tambahnya, tafsiran yang betul adalah diperlukan mengenai peruntukan Perkara 17 (1) (g) Perlembagaan Negeri yang hilang kelayakan daripada pemilihan kepada Dewan apabila seseorang memperolehi kewarganegaraan asing.
Memetik laporan Utusan Borneo, Hasidah berkata, keputusan Mahkamah Rayuan mengenai isu ini bukan sahaja akan menentukan sama ada ADUN Pujut harus mengosongkan kerusi dalam Dewan seperti di bawah Artikel 18 (2) (a) Perlembagaan Negeri, tetapi lebih penting lagi, keputusan itu akan mengelak kontroversi pada masa depan mengenai sempadan perlembagaan antara Legislatif dan Kehakiman supaya negeri ini mempunyai sistem kerajaan demokratik yang stabil, berfungsi dan kondusif bagi memelihara keharmonian dan kemajuan pembangunan Sarawak.
Menurut beliau, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa DUN bertindak di luar batas perlembagaannya apabila meluluskan usul membatalkan kelayakan ADUN Pujut walaupun Peruntukan Perkara 19 (1) Perlembagaan Negeri mengisytiharkan keputusan Dewan iti adalah muktamad.
Justeru, penentuan kehakiman yang lebih berwibawa daripada mahkamah yang lebih tinggi dalam perkara penting itu adalah sangat penting dalam isu itu atau apabila campur tangan kehakiman pada prosiding Dewan adalah dibenarkan di bawah doktrin pemisahan kuasa antara pelbagai cabang kerajaan.
Manakala mengenai Perkara 17 (1) (g) Perlembagaan Negeri yang hilang kelayakan daripada pemilihan kepada Dewan apabila seseorang memperoleh kewarganegaraan asing beliau memberitahu bahawa Mahkamah Tinggi tidak menyatakan penafsiran definif ke atas perkara tersebut dalam penghakimannya.
"Oleh itu, Atas rayuan, mahkamah lebih tinggi boleh memberi tafsiran ini untuk memberi panduan kepada semua badan awam berkaitan termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya dan calon-calon terpilih, sama ada seseorang itu masih berkelayakan untuk bertanding dalam pilihan raya apabila memperoleh kewarganegaraan lain, tanpa mengira jika ia telah dibatalkan," tambah beliau.
Peguam Besar Negeri akam memfailkan Notis Rayuan bagi pihak Dewan dalam jangka masa relecan yang telah ditetapkan dalam Kaedah-Kaedah Mahkamah.
Speaker DUN Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar telah memfailkan rayuan kepada pendaftar mahkamah berhubung keputusan Mahkamah Tinggi semalam. - Sarawakiana
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tLzOfW
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel Tiga Sebab Mengapa DUN Fail Rayuan
Sekianlah artikel Tiga Sebab Mengapa DUN Fail Rayuan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tiga Sebab Mengapa DUN Fail Rayuan dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/tiga-sebab-mengapa-dun-fail-rayuan.html