Judul : Tiada Bukti Wang 1MDB Disalah Guna – Apandi
link : Tiada Bukti Wang 1MDB Disalah Guna – Apandi
Tiada Bukti Wang 1MDB Disalah Guna – Apandi
PUTRAJAYA – Tidak ada bukti daripada mana-mana penyiasatan dijalankan agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang bagi pelbagai bidang kuasa menunjukkan ada penyalahgunaan wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Demikian tegas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali sambil menambah: “Jabatan Peguam Negara Malaysia (AGC) mengambil perhatian berhubung tindakan undang-undang sivil terbaru oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ).
“Tindakan kedua ini berlaku pada ulang tahun tindakan pertama, dan nampaknya ia merupakan tindakan ulangan. Kami ingin menyatakan rasa kecewa kami kerana sekali lagi AGC tidak dimaklumkan atau diberitahu oleh DoJ berhubung tindakan ini.
“Kami juga mendapati bahawa tidak ada bukti daripada mana-mana penyiasatan yang dijalankan oleh mana-mana agensi penguatkuasaan undang-undang bagi pelbagai bidang kuasa yang menunjukkan wang disalahgunakan daripada 1MDB.
“Dan bahawa tidak ada sebarang tuduhan jenayah dibuat terhadap mana-mana individu bagi penyelewengan dana daripada 1MDB, ” kata beliau dalam satu kenyataan.
Mohamed Apandi berkata 1MDB adalah sebuah syarikat Malaysia dan pernah menjadi subjek beberapa siasatan dalaman Malaysia termasuk oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara.
“Selepas semakan, kami mendapati bahawa tiada jenayah dilakukan. Pada masa ini, masih ada penyiasatan yang sedang dijalankan oleh Polis DiRaja Malaysia mengenai 1MDB.
“Kami ingin menyatakan rasa bimbang mengenai sindiran tentang salah laku jenayah yang dibuat terhadap Perdana Menteri. Tindakan sivil itu langsung tidak menamakan Perdana Menteri sebagai defendan atau didakwa melakukan sebarang salah laku jenayah,” katanya.
Mohamed Apandi juga berkata sehingga kini, AGC tidak menerima sebarang permintaan daripada DoJ untuk mendapatkan apa-apa maklumat atau bukti.
“Bagaimanapun, kami mengalu-alukan apa-apa permintaan sedemikian selaras dengan komitmen kami untuk menjalinkan kerjasama antarabangsa dan memerangi pengubahan wang haram.
“Seperti yang telah saya janjikan sebelum ini, AGC tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukan perbuatan jenayah, dengan syarat adanya bukti yang mencukupi untuk berbuat demikian.
Sebarang perbuatan salah laku akan dihukum dan Malaysia akan sentiasa mendukung kedaulatan undang-undang,” katanya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ttnZe2
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel Tiada Bukti Wang 1MDB Disalah Guna – Apandi
Anda sekarang membaca artikel Tiada Bukti Wang 1MDB Disalah Guna – Apandi dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/tiada-bukti-wang-1mdb-disalah-guna.html