Judul : Tempoh reman pegawai SPRM didakwa minta rasuah, dilanjut
link : Tempoh reman pegawai SPRM didakwa minta rasuah, dilanjut
Tempoh reman pegawai SPRM didakwa minta rasuah, dilanjut
Perintah lanjutan reman itu dikeluarkan Majistret NurulRasyidah Mohd Akit kira-kira jam 11 pagi tadi di lokap Mahkamah Majistret Bukit Mertajam susulan permohonan oleh pihak polis.
Terdahulu, suspek tiba di perkarangan mahkamah kira -kira jam 9.40 pagi selepas tempoh tahanan reman selama tiga hari berakhir hari ini.Pada 9 Jun lepas, suspek berusia 38 tahun yang bertugas menyelia kes di Zon Utara itu diberkas sepasukan polis dari bahagian Kongsi Gelap, Judi & Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) kira-kira jam10.20 malam.
Dalam serbuan itu polis turut merampas beberapa barang milik lelaki terbabit antaranya kad kuasa SPRM, wang tunai berjumlah RM3,000, kelongsong peluru 9mm jenis SME, sebuah kereta Volkswagen Polo Sedan serta telefon bimbit.
Suspek dipercayai bertindak memeras ugut anggota polis dengan menetapkan bayaran RM3,000 setiap bulan bagi mengelakkan ditangkap oleh SPRM.
Kes disiasat dibawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan iaitu pemerasan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda, atau sebat atau mana-mana satu daripadanya, jika sabit kesalahan.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rgHPNe
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel Tempoh reman pegawai SPRM didakwa minta rasuah, dilanjut
Anda sekarang membaca artikel Tempoh reman pegawai SPRM didakwa minta rasuah, dilanjut dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/tempoh-reman-pegawai-sprm-didakwa-minta.html