Telefon Bagitau Dapat Pakej Percutian Percuma Tapi Sebenarnya Nak Menipu

Telefon Bagitau Dapat Pakej Percutian Percuma Tapi Sebenarnya Nak Menipu - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Telefon Bagitau Dapat Pakej Percutian Percuma Tapi Sebenarnya Nak Menipu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Telefon Bagitau Dapat Pakej Percutian Percuma Tapi Sebenarnya Nak Menipu
link : Telefon Bagitau Dapat Pakej Percutian Percuma Tapi Sebenarnya Nak Menipu

Baca juga


Telefon Bagitau Dapat Pakej Percutian Percuma Tapi Sebenarnya Nak Menipu

Telefon Bagitau Dapat Pakej Percutian Percuma Tapi Sebenarnya Nak Menipu

Banyak pakej percutian ditawarkan pada pelancong pada harga berbeza termasuk taktik agen pelancongan yang memberikan pakej percutian secara percuma. (Gambar: expedia.com)

Bermula dengan satu panggilan telefon kononnya kita terpilih antara pelanggan bertuah untuk mendapat pakej percutian secara percuma sebaliknya ia adalah muslihat semata-mata sebagai salah helah untuk memperdaya pelanggan masuk perangkap.

Apa yang jelas, semuanya berbayar dan tidak seharusnya sikap profesional agen pelancongan dicemari dengan perbuatan negatif yang mampu menjejaskan imej dan nama baik mereka sendiri.

Taktik menipu perangkap mangsa
    
Seorang lelaki dikenali sebagai Adie Iskandar, 39, berkata, dia menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki kira-kira dua minggu lalu yang mendakwa sebagai wakil dari agen pelancongan dan memintanya untuk hadir ke Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) untuk menuntut hadiah.

Menurutnya, apabila sampai di sana satu sesi penerangan diberikan wakil agen pelancongan sebelum menawarkan pakej istimewa menjadi ahli kelab dengan caj keahlian melebihi RM15,000 termasuk beberapa tawaran lain.

"Tindakan mereka cukup mengecewakan selain cuba memperdaya orang ramai biarpun hampir terjerat apabila pakej pelancongan yang diberikan sebagai hadiah itu tidak boleh dituntut atas pelbagai alasan yang tidak munasabah.

"Baucer hadiah yang diberikan itu hanya boleh digunakan pada hari biasa sahaja dan sebarang tempahan hanya boleh dibuat melalui agen berkenaan tetapi saya kecewa selepas diberitahu tempahan bilik penuh dan ia berlaku bukan hanya sekali tempahan dibuat tetapi empat kali.

"Lebih baik jangan bagi jika tidak ikhlas dan tidak perlu menipu orang. Malah, sekiranya dia melakukan beberapa pembayaran untuk menjadi ahli dan sebagainya pasti akan mengalami kerugian," katanya kepada Rojak Daily Skop!.

Pameran Matta Fair antara peluang terbaik untuk pengunjung mendapatkan maklumat lanjut mengenai pakej percutian.

Apa tindakan KPDNKK?

Sementara itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pulau Pinang dimaklumkan mengenai isu berkenaan dan ditanya apakah tindakan sewajaranya boleh dikenakan pada agen mahupun syarikat pelancongan tersebut.

Timbalan Pengarah KPDNKK Negeri, Mohd Nor Musa berkata, pihaknya akan melakukan pemantauan sekiranya terdapat aduan daripada mana-mana pihak mendakwa ditipu dan sebagainya. Jika berlaku, mereka diminta tampil membuat laporan dan tindakan akan dibuat mengikut Akta Pelindungan Pengguna 1999 termasuk mengemukakan aduan atau laporan polis sekiranya ditipu membabit wang tunai.

"Segala bukti yang ada perlu dirujuk untuk tindakan sewajarnya dan tindakan boleh diambil mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan atas kesalahan menipu. Sekiranya sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang satu tahun atau tidak lebih 10 tahun atau enam sebatan," katanya.
  
Apa kata syarikat pelancongan

Bagi Pengarah Urusan ZSM Mabrur Travel & Tours Sdn Bhd, Marlina Ramly, tindakan yang dilakukan itu merupakan satu kesalahan yang cukup serius dan perlu dilaporkan kepada pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC) untuk tindakan selanjutnya.
    
"Sekiranya didapati kesalahan, tindakan juga boleh diambil mengikut Seksyen 5 (2) Akta Industri Pelancongan 1992, syarikat tidak berlesen di bawah kementerian boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga 5 tahun atau kedua-duanya sekali.
     
"Bagi syarikat berlesen yang melanggar syarat mengendalikan pakej percutian boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya sambil memberitahu aduan boleh dibuat ke info@motac.gov.my atau menghubungi talian 019-274 1674 atau 019-274 1671.
 



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rqmFqX

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Telefon Bagitau Dapat Pakej Percutian Percuma Tapi Sebenarnya Nak Menipu

Sekianlah artikel Telefon Bagitau Dapat Pakej Percutian Percuma Tapi Sebenarnya Nak Menipu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Telefon Bagitau Dapat Pakej Percutian Percuma Tapi Sebenarnya Nak Menipu dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/telefon-bagitau-dapat-pakej-percutian.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :