Judul : Tangisan ibu tunggal: Dua tahun tak jumpa, anak menyamar jadi pekerja gedung pakaian untuk beri kejutan buat ibunya
link : Tangisan ibu tunggal: Dua tahun tak jumpa, anak menyamar jadi pekerja gedung pakaian untuk beri kejutan buat ibunya
Tangisan ibu tunggal: Dua tahun tak jumpa, anak menyamar jadi pekerja gedung pakaian untuk beri kejutan buat ibunya
Kuala Krai: Semalam menjadi hari paling bermakna buat seorang ibu tunggal apabila disatukan dengan anak perempuan kesayangannya yang sudah dua tahun tidak bertemu.
Tangisan ibu tunggal: Dua tahun tak jumpa, anak menyamar jadi pekerja gedung pakaian untuk beri kejutan buat ibunya
Kejutan penuh emosi itu membuatkan Azizah Husin, 58, menangis kegembiraan apabila anaknya Hafizah Che Ahmed, 24, yang menuntut di Bangalore Medical College, India, berdiri di hadapan mata.
Sebelum itu, Azizah yang mempunyai 10 anak dibawa ke gedung pakaian Pelangi Textile, Guchil, di sini, untuk membeli pakaian baru, manakala Hafizah menyamar sebagai pekerja gedung untuk memberi kejutan kepada ibunya untuk menyatukan mereka menerusi inisiatif Bank Simpanan Nasional (BSN) sempena Kempen Riuhkan Raya BSN.
Azizah berkata, dia tidak menyangka anaknya berada di hadapannya kerana mengetahui anak ketujuh itu mempunyai kekangan kewangan untuk pulang menyambut Aidilfitri kali ini.
“Memang terkejut besar. Saya tidak sangka BSN sanggup taja dia balik ke sini. Alhamdulillah, saya sangat bersyukur.
“Terima kasih BSN kerana akhirnya terubat rindu saya menatap dan memeluk Hafizah. Kepulangannya adalah hadiah paling berharga untuk kami sekeluarga sempena Aidilfitri,” katanya, di sini.
Hafizah antara tiga penuntut cemerlang terpilih pulang beraya dengan tajaan tiket penerbangan daripada BSN.
Sementara itu, Hafizah berkata, kali terakhir dia pulang ke Malaysia pada 2015 ketika arwah bapanya meninggal akibat penyakit jantung.
Katanya, dia menghantar permohonan menyertai kempen itu dan mengetahui terpilih Mei lalu, tetapi tidak memaklumkannya kepada sesiapa melainkan adik untuk memberi kejutan kepada ibunya.
“Saya akan berada di sisi keluarga selama dua minggu sebelum pulang ke India 2 Julai depan,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Perniagaan Negeri BSN Kelantan, Komarudin Mustapha berkata, Kempen Riuhkan Raya BSN diadakan sebagai kesinambungan daripada kempen yang pernah diadakan sebelum ini.
“Aktiviti ini sebahagian tanggungjawab sosial korporat (CSR) BSN dan kali pertama kita membawa pulang penuntut terpilih dari luar negara untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga.
“BSN menaja kepulangan penuntut ini melalui kerjasama pelbagai agensi termasuk MARA untuk mengenal pasti mereka yang cemerlang dan sudah lama tidak pulang ke tanah air.
“Kejutan hari ini (semalam) adalah yang ketiga dan terakhir tahun ini. Kali pertama ia dimenangi pelajar di Kota Bharu yang menuntut di Jepun dan kedua pelajar dari Langkawi yang menuntut di Mesir,” katanya.
Katanya, tahun ini BSN menjalankan kempen menyeluruh menerusi tiga segmen iaitu membawa pulang penuntut terpilih dari luar negara, Peraduan Produk Pembiayaan Kewangan dan Peraduan Seloka Raya bermula 1 hingga 16 Jun 2017.
Sumber: Metro
Sumber Tangisan ibu tunggal: Dua tahun tak jumpa, anak menyamar jadi pekerja gedung pakaian untuk beri kejutan buat ibunya
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sGYokV
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel Tangisan ibu tunggal: Dua tahun tak jumpa, anak menyamar jadi pekerja gedung pakaian untuk beri kejutan buat ibunya
Anda sekarang membaca artikel Tangisan ibu tunggal: Dua tahun tak jumpa, anak menyamar jadi pekerja gedung pakaian untuk beri kejutan buat ibunya dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/tangisan-ibu-tunggal-dua-tahun-tak_19.html