Tanggungjawab Lelaki dan Wanita Sebelum Kahwin

Tanggungjawab Lelaki dan Wanita Sebelum Kahwin - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tanggungjawab Lelaki dan Wanita Sebelum Kahwin, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tanggungjawab Lelaki dan Wanita Sebelum Kahwin
link : Tanggungjawab Lelaki dan Wanita Sebelum Kahwin

Baca juga


Tanggungjawab Lelaki dan Wanita Sebelum Kahwin

Tanggungjawab Lelaki dan Wanita Sebelum Kahwin

Salam, terima kasih kepada admin kerana menyiarkan kisah aku ni. Ni aku saje aku nak share pada perempuan dan lelaki zaman sekarang. Biar aku kenalkan diri aku sebagai Fa. Aku berumur 23 tahun. Belum berkahwin. Aku bekerja sebagai Personal Assistant di syarikat swasta. Apa yang aku nak cerita ni mungkin korang boleh amek teladan atau boleh buat persiapan mental dan fizikal lagi-lagi bab kahwin muda yang sekarang macam tengah trend.

Sebagai PA kepada Director syarikat, offcourse aku tahu segala cash flow dan expenses peribadi bos aku termasuk lah personal loan pekerja. Pertama, aku sampai takboleh imagine sampai ada lelaki yang buat personal loan dengan bos aku semata-mata nak kawen. Kadang aku kesian dengan lelaki zaman sekarang, mungkin terbeban dengan hantaran daripada pihak perempuan. Tapi kadang kiteorang okay je dengan jumlah yang ada, tapi kiteorang kena fikir jugak perasaan ibu ayah kiteorang. Yelah mak ayah zaman sekarang dorang lebih kepada prinsip nanti apa kata orang tu yang celaka tau. Hahah Lagi lagi bab kawen ni. Kalau boleh anak dia lah paling grand kalau kat kawasan perumahan tu. Termasuk lah mak aku jugak. Hahaha tapi korang lelaki kene lah faham, mesti mak ayah perempuan tu nak yang terbaik untuk anak dorang. Ya aku faham, korang lelaki pun kerja bukan sebab nak sara kitaorang yang perempuan ni, mesti korang pon nak tolong mak ayah korang kan. Takkan kerja lepastu kawen, kesian mak ayah korang tak dapat rasa nak beli itu ini daripada anak dorang. Tapi sebagai lelaki, korang kena lah pandai nak manage cemana.

Kedua, pekerja lelaki tempat aku kerja yang sampai sekarang takde lesen kereta atau motor. Sampai bos aku dengan ikhlasnya bagi duit FOC untuk lelaki tu buat lesen. Umur lelaki tu sebaya aku, Kau rasa? Kalau jd apa apa dekat jalan masa tengah nak pergi ke tempat kerja? Insurans takde, saman lagi. Kalau laki tu selamat. Kalau dia mati ke? Tak kesian ke kat anak bini nak menanggung? Belum kira lelaki yang tak bagi bini kerja, jadi kalau jadi kes macam ni, macam mana anak bini nak bertahan hidup?

Ketiga, pekerja lelaki yang loan dengan bos aku sebab rumah dah nak kena ambil dengan owner rumah sebab takboleh bayar sewa. Mana la anak bini nak duduk nanti. Lepastu belum campur yang loan dengan bos aku kereta tak bayar sampai bank dah nak tarik. Tak pasal aku yang kena settlekan tunggakan kereta pekerja tu dekat bank masatu hahaha

Ada juga pekerja perempuan yang buat kerja error sepanjang bulan, macam tak focus kerja. Cara lain ialah bos aku panggil dia untuk tanya apa masalah dia lah kan. Bila bos aku tanya rupanya ada masalah rumahtangga. Bila bini kerja, aku cakap ni tak semua tau, tapi ada juga lelaki yang tahap selesa sampai fikir TAKPE BINI AKU ADA, terus yang lelaki jadi lepas tangan, so mungkin lah, MUNGKIN lelaki dia rasa selesa, so dia nak berhenti kerja biar bini dia kerja sara dia pulak. Mana tak stress bini dia tu. Bos aku suka bagi nasihat dekat aku, bukan untuk mengaibkan pekerja, tapi sebagai pengajaran untuk aku. Kadang aku pun berterima kasih kat bos aku, sebab aku rasa bila tahu kawen ni tak mudah. Buat aku nak jadi perempuan yang independent dan tak harap 100% pada lelaki. Tapi lelaki jangan lah ambil kesempatan. Kiteorang ni kerja bukan nak tolong suami sangat, lebih kepada nak tolong mak ayah lagi-lagi aku ni adik beradik semua perempuan. Kalau bini nak tolong tu, kira bersyukur lah atau sebagai bonus kepada lelaki.

Ada jugak pekerja yang anaknya ramai, lelaki nya kawen lagi satu. Anak kecik-kecik lagi. Aku kesian tengok akak tu. Kena sara anak yang berderet, laki nya dah tak bagi nafkah. Jadi nak survive kene kerja, akak tu pulak takde kenderaan kene tumpang kawan kalau pergi kerja. Habistu kalau kawan dia tak datang atau ada hal, dengan akak tu terpaksa tak datang sekali. Habistu gaji dia? Mestilah dapat sikit kan. Dengan ekonomi sekarang, memang susah aku rasa kalau jadi akak tu.

Aku rasa ada hikmah aku jadi Personal Assistant secara tak langsung aku boleh dapat ilmu dari pekerja dan pengalaman daripada bos aku. Sebab aku tak rapat sangan dengan ayah aku, jd susah aku nak bercerita dengan ayah aku tu. Hehe

Jadi kepada lelaki dan perempuan diluar sana, kalau nak kawen tu aku rasa persiapkan diri korang dulu. Lagi-lagi lelaki, korang ada tanggungjawab yang berat, nak kena sediakan rumah untuk anak bini. Nak menyewa takpe, tapi kalau boleh, biarlah rumah sendiri, bukan mendoakan. Tapi kalau masa tu ajal dah menjemput tak kesian ke dekat anak bini nak duduk mana. Lepastu jangan terus set dalam otak lepas kawen nak duduk rumah mak ke apa. Mak aku sendiri awal-awal dah bagitahu kawen je terus carik rumah sendiri, bukan nak menghalau biar kita je tahu susah senang kita, makan ke tak makan ke kita laki bini je tahu. Lagi satu mungkin ada perempuan yang suka open dari segi pakaian bila dekat rumah senang cite nak pakai apa dia suka macam shortpants ke, kan jadi susah kalau duduk dengan mak ke mertua ke kita nak manja-manja nak bebas semua kan.

Bagi perempuan, aku tak rasa salah kalau kawen lambat. Kalau boleh kumpul harta dulu, carik kereta rumah sendiri. ASB simpanan kita jangan lupa, jangan baik sangat bagitahu lelaki berapa kita ada, ada certain kita boleh share, ada certain still kita kena P&C nanti lemak lah dorang asek fikir BINI AKU KAN ADA. Lelaki ni TAK SEMUA, tapi kebanyakan yang aku tahu dan jumpa bila tahu perempuan senang sikit dorang dah mula selesa. Tahap zon selesa sebab perempuan tu boleh support dia. Kita perempuan, Jangan fikir laku ke tak, tapi fikir pasal kehidupan lepas kawen. Bukan sekarang, tapi beberapa puluh tahun ke depan. Sampai bebila ke laki kita tu sama macam sekarang, kalau lah dia buat hal. Kan senang untuk kita survive dan tak nampak 100% berharap pada lelaki. Kalau sekarang ni, kita yang perempuan ni buat je macam papa kedana, tapi dalam akaun kita lagi banyak dari laki kita tu hahahha

Sampai satu tahap aku rasa takut nak kawen walaupun aku tengok kawan-kawan aku sekarang semua dah kawen siap dah anak 3 walaupun sebaya aku. Aku ni masih lagi fikir nak makan dekat mana. Hahaha Korang doakan lah urusan aku dipermudahkan lepas raya ni, aku nak beli rumah aku sendiri. In sha Allah

So aku rasa, takat ni jelah aku boleh share. Mintak maaf ada salah silap bahasa, jangan gaduh-gaduh. Selamat hari raya.
-FA

FA

Sumber & Kredit: iiumc



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s5kFpS

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Tanggungjawab Lelaki dan Wanita Sebelum Kahwin

Sekianlah artikel Tanggungjawab Lelaki dan Wanita Sebelum Kahwin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tanggungjawab Lelaki dan Wanita Sebelum Kahwin dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/tanggungjawab-lelaki-dan-wanita-sebelum.html

Subscribe to receive free email updates: