Sistem pengajian UPNM mungkin dirombak

Sistem pengajian UPNM mungkin dirombak - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sistem pengajian UPNM mungkin dirombak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sistem pengajian UPNM mungkin dirombak
link : Sistem pengajian UPNM mungkin dirombak

Baca juga


Sistem pengajian UPNM mungkin dirombak

SINAR ONLINE

Hishammuddin Tun Hussein
Hishammuddin. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan sedia menimbang untuk merombak sistem pengajian Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dalam mengatasi masalah buli, susulan kejadian dera sampai mati Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain pada 1 Jun lepas.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata beliau memandang serius mengenai isu tersebut dan mahu melihat UPNM dan Akademi Latihan Ketenteraan mengambil sikap bertanggungjawab dengan sebarang kejadian yang berlaku.

"Kita perlu lihat kembali sistem yang sedia ada, kalau ada keperluan untuk rombak kita akan rombak. Kita juga tidak boleh bersikap lepas tangan dan tidak melakukan apa-apa jika tidak, mangsa yang telah mati itu akan sia-sia sahaja.

"Saya terbuka untuk menerima sebarang cadangan, dan jika ada saya akan pertimbangkan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program perjumpaan bersama Setiausaha Umno bahagian di sini, hari ini.

Zulfarhan Osman, 21, meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun lepas, dipercayai akibat didera selepas dituduh mencuri komputer riba milik rakan pada 22 Mei lalu.

Mangsa dilapor mengalami kesan melecur di bahagian dada, tangan dan kaki dipercayai akibat ditekap dengan seterika wap.

Susulan kematian Zulfarhan Osman, lima penuntut UPNM dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Rabu atas pertuduhan membunuh  Zulfarhan Osman dan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Seorang lagi didakwa bersubahat membunuh mangsa dan didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 302 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman serupa.

Sementara itu, 13 lagi penuntut universiti berkenaan dituduh mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mendatangkan kecederaan untuk mendapat pengakuan palsu, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun jika sabit kesalahan. - Bernama



Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Sistem pengajian UPNM mungkin dirombak

Sekianlah artikel Sistem pengajian UPNM mungkin dirombak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sistem pengajian UPNM mungkin dirombak dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/sistem-pengajian-upnm-mungkin-dirombak_18.html

Subscribe to receive free email updates: