Seorang bapa punyai cara sendiri bantu kita buat keputusan tentang kehidupan - Hsien Loong

Seorang bapa punyai cara sendiri bantu kita buat keputusan tentang kehidupan - Hsien Loong - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Seorang bapa punyai cara sendiri bantu kita buat keputusan tentang kehidupan - Hsien Loong, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Seorang bapa punyai cara sendiri bantu kita buat keputusan tentang kehidupan - Hsien Loong
link : Seorang bapa punyai cara sendiri bantu kita buat keputusan tentang kehidupan - Hsien Loong

Baca juga


Seorang bapa punyai cara sendiri bantu kita buat keputusan tentang kehidupan - Hsien Loong

SINGAPURA: "Seorang bapa mempunyai caranya sendiri untuk memberi nasihat bagi membantu kita membuat keputusan tentang kehidupan dan mempelajari nilai-nilai yang membawa kita ke jalan yang lurus," kata Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong.

"Bagi Kebanyakan kita, bapa kita ialah wira pertama kita dan role model penting ketika kita membesar," kata anak sulung kepada bapa pengasas Singapura Lee Kuan Yew.

Kata-kata ini adalah sebahagian daripada ucapan Selamat Hari Bapa yang dimuatkan dalam posting terkini dalam laman Facebook hari ini yang disertakan dengan gambar seorang bapa duduk di atas kerusi dan anak memeluk bapa dari belakang dan kedua-dua mereka kelihatan ceria.

Melalui posting itu, Lee yang baru kembali selepas bercuti selama seminggu nampakny masih mengekalkan "ketenangannya" walaupun beliau kini terjerumus dalam kancah pertelingkahan melibatkan adik-beradiknya Dr Lee Wei Ling dan Lee Hsien Yang.

Perbalahan keluarga tanpa diduga itu terbit melalui media sosial pada 2 pagi, 14 Jun yang kebanyakannya tertumpu kepada wasiat terakhir bapa mereka melibatkan rumah mendiang Kuan Yew di No 38, Oxley Road.

Dalam posting awal apabila pulang daripada bercuti pada 17 Jun, Lee berkata beliau akan "kembali bertugas pada Isnin (19 Jun."

"Baru tiba di rumah. Membaca banyak komen anda dan gembira dapat berjumpa dengan beberapa warga Singapura di seberang laut," katanya dalam catatan itu.

Sepanjang percutiannya yang bermula pada 10 Jun, Lee membuat hanya dua posting dan kedua-dia posting itu ialah sebagai respon kepada kenyataan 6 muka surat yang dibuat secara terbuka oleh kedua adik-beradiknya melalui Facebook.

Para menteri kabinet juga telah mengeluarkan kenyataan dan memberi respon pada minggu itu terutama mereka yang berada dalam jawatankuasa peringkat menteri yang ditubuhkan untuk mempertimbanghkan masa depan rumah itu.

Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean pada 17 Jun menafikan dakwaan bahawa terdapat kerahsiaan mengenai jawatankuasa peringkat menteri yang ditubuhkan beliau serta mempengerusikannya.

Teo dilaporkan berkata bahawa kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk mempertimbangkan aspek-aspek kepentingan awam bagi apa-apa hartanah yang mempunyai nilai-nilai warisan dan sejarah, dan ini terpakai kepada 38, Oxley Road.

Selaras dengan kenyataan Setiausaha Kabinet, Tan Kee Yong pada 14 Jun, Teo berkata Perdana Menteri Lee telah menarik diri daripada semua keputusan kerajaan berhubung rumah tersebut.

Pada 16 Jun , adik Lee iaitu Hsien Yang mendakwa bahawa "jawatankuasa rahsia"tidak berminat sepenuhnya dalam meneroka pilihan bagi rumah itu dan sebaliknya memberi tumpuan semata-mata bagi mencabar kesahihan fasal perobohan dalam wasiat Lee Kuan Yew.

Sementara itu, Menteri Kanan Emeritus Goh Chok Tong berkata beliau menyokong kaedah berhati-hati yang digunapakai oleh Teo dan Kerajaan dalam mengendalikan isu itu kerana ia melibatkan kepentingan awam.

"Beliau wajar untuk meneroka opsyen di luar keputusan sama ada merobohkan atau mengekalkan," kata bekas Perdana Menteri Singapura itu.

"Saya menyampaikan pemikirannya kepada Lee Hsien Yang tahun lepas tetapi beliau masih tidak berpuas hati mengenai kelewatan dan ketidakpastian dalam merobohkan rumah tersebut," kata beliau menerusi catatan dalam Facebook pada 17 Jun.

Goh berkata beliau telah membaca kenyataan Teo yang menjelaskan penubuhan jawatankuasa peringkat menteri untuk mengkaji status masa depan rumah No 38 Oxley Road.

Pada tahun lalu, Goh berkata Teo telah berkongsi dengannya pelbagai opsyen yang dikaji.

Goh menasihatkan beliau supaya menghormati hasrat Lee Kuan Yew'' tetapi bersetuju "bahawa ia adalah tidak menghormati warisan kita sendiri untuk merobohkan rumah itu untuk digantikan dengan bangunan komersial atau kediaman persendirian yang lain," beliau selanjutnya menulis.

Sebelum mengakhiri posting beliau yang membawa initial GCT, Goh menulis: "Ini bukan legasi keluarga yang bapa mereka mahu meninggalkannya."

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2soGqkR

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Seorang bapa punyai cara sendiri bantu kita buat keputusan tentang kehidupan - Hsien Loong

Sekianlah artikel Seorang bapa punyai cara sendiri bantu kita buat keputusan tentang kehidupan - Hsien Loong kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Seorang bapa punyai cara sendiri bantu kita buat keputusan tentang kehidupan - Hsien Loong dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/seorang-bapa-punyai-cara-sendiri-bantu.html

Subscribe to receive free email updates: