Judul : Senyum Syawal Buah Tangan Baru Dari Ana Raffali
link : Senyum Syawal Buah Tangan Baru Dari Ana Raffali
Senyum Syawal Buah Tangan Baru Dari Ana Raffali
Senyum Syawal tentang hubungan ibu dan anak. (Gambar: Mohamad Bakar)
Di awal kemunculan Ana Raffali, penyanyi yang baru-baru ini menyertai pertandingan realiti Gema GegarVaganza pernah tampil dengan lagu raya berjudul Hari Hari Hari Raya selain tampil sebagai penampilan khas untuk beberapa buah lagu raya lagi.
Tahun ini, penyanyi lagu Tolong Ingatkan Aku itu muncul pula dengan sebuah lagu raya berjudul Senyum Syawal selepas sekian lama dikatakan menyepi.
Lagu itu diinspirasikan oleh anaknya sendiri, Aaydeen Oumar, 2 tahun empat bulan. Bagaimana ilham untuk lagu itu datang ketika mendukung Aaydeen yang ketika itu baru berusia empat bulan.
“Buat permulaan saya sudah buat soft launch lagu itu di medium muzik, SoundCloud.
“Saya tercetus idea mencipta lagu itu ketika mendukung anak. Dalam keletihan mengharapkan anak cepat tidur, dia pula memberikan senyuman. Lama lama senyum itu terus buat saya jadi lembut hati. Lihat betapa kuat kuasa senyuman anak yang mampu membuat hidup jadi colorful.
“Lagu itu ia mengenai hubungan ibu dan anak. Menjadi ibu juga bukanlah kerja dan tanggungjawab mudah. Dalam dunia ini pun bukan ada kerja senang. Tapi apabila kita senyum dan melihat orang membalas senyum itu, insya-Allah yang susah akan jadi senang. Hidup akan jadi aman dan sempurna kalau semua lemparkan senyuman.
“Video muzik lagu itu juga sudah dirakamkan,” katanya yang akan pulang beraya di kampung halaman suami di Pasir Putih, Kelantan.
Sementara itu, isteri kepada Ahmad Aznaim Abdullah itu turut meluahkan keinginan menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana atau Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang neurosains.
Luahnya, kecenderungan mengkaji aspek neurosains dalam bidang pendidikan mahu diikutinya, malah Ana sedia ke luar negara bagi merealisasikan cita-citanya.
"Buat masa ini, saya masih mencari pusat pengajian bersesuaian. Aspek neurosains dalam pendidikan sangat menyentuh minat saya. Sekarang saya masih mencari bahan kajian yang sesuai sebelum membuat sebarang keputusan," katanya yang mula menyertai persada seni kira kira pada 2010.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tM9sKC
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel Senyum Syawal Buah Tangan Baru Dari Ana Raffali
Anda sekarang membaca artikel Senyum Syawal Buah Tangan Baru Dari Ana Raffali dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/senyum-syawal-buah-tangan-baru-dari-ana.html