Judul : Sentimen Semasa Pasaran Tukaran Matawang Forex Setakat Malam Ini
link : Sentimen Semasa Pasaran Tukaran Matawang Forex Setakat Malam Ini
Sentimen Semasa Pasaran Tukaran Matawang Forex Setakat Malam Ini
Emas terus diniagakan dalam keadaan ranging (mendatar) hari ini dan berada di bawah tekanan selepas komen Presiden Fed cawangan New York yang menyokong US dolar.
Data Commitment of Traders (COT) yang terbaru menunjukkan jumlah bersih pembelian emas berkurangan di mana posisi non-commercial susut kepada 190,000 berbanding 205,000 sebelum ini. Jumlah ini juga merupakan kejatuhan bersih pertama sejak empat minggu lalu.
US dolar mengukuh hari ini dibantu oleh komen Dudley yang hawkish dengan Usd/Jpy naik hampir 50 pip dan hasil-bon 10 Tahun US stabil di atas 2.15%.
Selepas sesi dagangan yang tenang pada sesi Asia dan Eropah, komen Dudley sebelum pembukaan pasaran US menyokong matawang greenback. Beliau menjangka pertumbuhan gaji akan mengukuh tahun depan atau dua tahun lagi. Apa yang penting adalah apabila beliau menyatakan “menghentikan kitaran pengetatan polisi boleh membahayakan ekonomi.”
Komen yang hawkish ini telah membawa Usd/Jpy ke paras 111.30 dengan peningkatan hasil-bon kerajaan US. Kombinasi antara pengukuhan US dolar dan kenaikan hasil-bon ini telah melemahkan permintaan emas yang kini didagang di sekitar $1247.80.
Minggu lalu, The Fed telah menaikkan kadar faedah kepada 1.25% dan mengekalkan perancangan tiga kali kenaikan kadar faedah tahun ini. The Fed juga menyatakan perancangannya untuk memulakan pengurangan $4.5 trillion penyata imbangan tahun ini.
Walaupun dengan komen yang hawkish dari pegawai-pegawai The Fed, pemain pasaran masih meragui kemampuan bank pusat menaikkan kadarnya lebih banyak tahun ini berikutan data-data ekonomi yang mengecewakan.
Pasaran dalam sesi dagangan Isnin masih menunggu maklumat terbaru rundingan Brexit yang bermula hari ini antara Menteri Brexit David Davis dan Ketua Perunding EU Michael Barnier.
The post Sentimen Semasa Pasaran Tukaran Matawang Forex Setakat Malam Ini appeared first on MOSHED.COM.
✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tk8fuw
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel Sentimen Semasa Pasaran Tukaran Matawang Forex Setakat Malam Ini
Anda sekarang membaca artikel Sentimen Semasa Pasaran Tukaran Matawang Forex Setakat Malam Ini dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/sentimen-semasa-pasaran-tukaran.html