Judul : Sebagai menteri kanan, bersopanlah, nasihat Karim kepada Nazri
link : Sebagai menteri kanan, bersopanlah, nasihat Karim kepada Nazri
Sebagai menteri kanan, bersopanlah, nasihat Karim kepada Nazri
Selepas disuruh tutup mulut, menteri pelancongan Sarawak berkata soal pelancongan negeri itu tidak dibutirkan dalam Perjanjian Malaysia dan oleh itu perlu melalui rundingan.
PETALING JAYA: Sehari selepas dipanggil menteri “setahun jagung” yang tidak berpengalaman, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menasihati Menteri Pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz supaya lebih bersopan santun terutama pada bulan Ramadan.
“Kalau dia fikir saya jahil, saya rasa dia belum benar-benar kenal saya,” kata menteri pelancongan Sarawak itu dipetik Borneo Post hari ini.
“Tidak bersopan untuk memanggil seseorang itu jahil, lebih-lebih lagi kamu seorang menteri kanan dan ini bulan Ramadan.
“Saya tidak ambil hati. Apa yang saya lakukan adalah berdasarkan undang-undang, berdasarkan pengetahuan saya sebagai seorang peguam dan demi menjaga kepentingan Sarawak.” katanya.
Semalam, Nazri membidas Karim kerana mengkritik langkah Putrajaya memperkenalkan cukai pelancongan.
Ia bakal menyaksikan hotel seluruh negara dipaksa mengenakan bayaran tambahan antara RM2.50 dan RM20 bagi penginapan semalaman.
“Awak baru setahun jagung. Jangan cakap banyaklah,” kata Nazri semalam.
Nazri baru-baru ini mengumumkan pelaksanaan cukai itu berkuat kuasa 1 Julai, 3 bulan selepas beliau menyokongnya dalam perbahasan Dewan Rakyat bagi meluluskan Akta Cukai Pelancongan 2017.
Cukai itu turut dipersoalkan Persatuan Hotel Malaysia (MAH) yang berkata banyak perkara masih kabur, dan permintaannya untuk bertemu Nazri belum dipenuhi.
Karim sebelum ini berkata Sarawak perlu dikecualikan daripada sistem cukai baharu itu, mengundang kemarahan Nazri yang berkata Sarawak tidak banyak hotel dan oleh itu hasil cukai itu boleh menguntungkan negeri itu.
“Kalau kamu mahu kira jumlah bilik yang ditempah setiap hari, 75% di Semenanjung manakala Sarawak hanya 20%. Jadi Semenanjung yang beri duit pada Sabah dan Sarawak bila ada cukai pelancongan ini,” kata Nazri
Pelancongan bukan dalam Perjanjian 1963
Karim berkata walaupun perkara berkenaan pelancongan tidak dibutirkan dalam Perjanjian Malaysia pada 1963 dulu, semua pihak dalam perjanjian itu perlu menghormati kepentingan satu sama lain.
Katanya, Putrajaya gagal berunding dengan Sarawak ketika meletakkan soal pelancongan di bawah bidang kuasa persekutuan.
“Kami bukan menentang kerajaan persekutuan. Kami cuma mahu mereka berunding kerana terdapat beberapa perkara yang perlu sedikit sebanyak diselaraskan,” kata Karim.
Sementara itu, Adun Batu Lintang dari PKR, See Chee How menyifatkan kenyataan Nazri semalam sebagai angkuh, dan mempertahankan pandangan yang diutarakan Karim.
Menurut See, kerajaan pusat tidak ada hak dalam hal berkenaan industri pelancongan di Sarawak, dan ini dilihat dengan penubuhan kementerian pelancongan peringkat negeri pada 1985.
“Hanya pada 1994, kerajaan persekutuan memperkenalkan pindaan kabur dan meragukan menerusi rang undang-undang Pindaan Perlembagaan untuk menyenaraikan pelancongan dalam senarai persekutuan,” kata See dipetik Borneo Post.
“Bagaimanapun, seperti mana disebut Abdul Karim, tidak ada rundingan atau persetujuan daripada kerajaan Sarawak dalam mengambil alih pelancongan yang merupakan perkara belum diperhalusi sebelum ia dijadikan bidang kuasa persekutuan pada 1994.”
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel Sebagai menteri kanan, bersopanlah, nasihat Karim kepada Nazri
Sekianlah artikel Sebagai menteri kanan, bersopanlah, nasihat Karim kepada Nazri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Sebagai menteri kanan, bersopanlah, nasihat Karim kepada Nazri dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/sebagai-menteri-kanan-bersopanlah.html