Judul : Saya tidak kesal dengan tindakan Sarawak - Nazri
link : Saya tidak kesal dengan tindakan Sarawak - Nazri
Saya tidak kesal dengan tindakan Sarawak - Nazri
KUALA LUMPUR: Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz tidak kesal dengan tindakan Sarawak menarik wakilnya daripada Tourism Malaysia.Tegas Nazri, keputusan Sarawak selari dengan tindakan Kementerian untuk menutup pejabat Tourism Malaysia setiap negeri Januari lalu.
"Saya tidak akan bertindak sebagai kebudak-budakan untuk menghukum Sarawak, malah saya mengalu-alukan dan saya berjanji akan terus berlaku adil kepada Sarawak," kata Nazri ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Pada masa yang sama katanya Sarawak akan tetap dipromosikan dalam setiap aktiviti Tourism Malaysia.Januari lepas, kementerian mengumumkan penutupan pejabat Tourism Malaysia seluruh negara berkuat-kuasa serta merta.
Ia bagi mengelak pertindihan tugas promosi pelancongan yang dilakukan setiap negeri.
Kerajaan negeri Sarawak hari ini memutuskan untuk menarik balik penyertaan wakilnya dalam Lembaga Pelancongan Malaysia berkuatkuasa serta merta.
Kerajaan negeri berpendapat bahawa perwakilannya dalam Tourism Malaysia tidak perlu kerana ia menyamai peranan dan fungsi Lembaga Promosi Pelancongan Sarawak.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rh8adY
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel Saya tidak kesal dengan tindakan Sarawak - Nazri
Anda sekarang membaca artikel Saya tidak kesal dengan tindakan Sarawak - Nazri dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/saya-tidak-kesal-dengan-tindakan.html