Judul : SARAWAK KELUAR DARI TOURISM MALAYSIA
link : SARAWAK KELUAR DARI TOURISM MALAYSIA
SARAWAK KELUAR DARI TOURISM MALAYSIA
KUCHING – Kerajaan Negeri Sarawak telah mengeluarkan wakilnya daripada Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) yang berkuat kuasa serta-merta.
Pejabat Ketua Menteri Sarawak dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, penyertaan Sarawak dalam Tourism Malaysia disifatkan tidak perlu kerana peranan dan fungsinya bertindih dengan Lembaga Penggalakan Pelancongan Sarawak.
Tiada alasan lain dinyatakan tentang penarikan itu.
Langkah tersebut diambil selepas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz menegur Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berhubung kenyataan pelaksanaan cukai pelancongan.
Abdul Karim telah menggesa Putrajaya untuk menangguhkan pelaksanaan cukai pelancongan berkuatkuasa pada 1 Julai di Sabah dan Sarawak.
Beliau menambah, Kerajaan Persekutuan mesti menghormati Perjanjian Malaysia 1963 kerana pelancongan hanya dipusatkan baru-baru ini.
Pada satu majlis yang diadakan di sini pada Ahad, Menteri Sarawak berkata, kabinet negeri akan membincangkan tentang pelaksanaan cukai pelancongan secara terperinci.
– ANN
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s1WIzR
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel SARAWAK KELUAR DARI TOURISM MALAYSIA
Anda sekarang membaca artikel SARAWAK KELUAR DARI TOURISM MALAYSIA dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/sarawak-keluar-dari-tourism-malaysia.html