Judul : Salleh Kutuk Pembangkang, Guna Kuasa Asing "Campuri" Hal Politik Negara
link : Salleh Kutuk Pembangkang, Guna Kuasa Asing "Campuri" Hal Politik Negara
Salleh Kutuk Pembangkang, Guna Kuasa Asing "Campuri" Hal Politik Negara
KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mengutuk sekeras-kerasnya tindakan anggota dan penyokong pembangkang yang sanggup mengetepikan kedaulatan negara apabila menggunakan kuasa asing untuk mencampuri urusan politik negara.
Beliau berkata mereka yang tidak bertanggungjawab ini sanggup memanipulasi saman sivil terbaru yang dikemukakan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ) sebagai satu senjata politik semata-mata untuk menjatuhkan pemimpin negara dan menjayakan matlamat peribadi masing-masing.
“Mereka lakukan perkara sedemikian pada Julai tahun lalu tetapi gagal dan mereka mencuba lagi pada tahun ini.
“Saya yakin sungguh mereka akan menggunakan perkara sama pada pilihan raya umum akan datang iaitu mereka membuat manipulasi menggunakan isu ini (saman sivil DoJ) untuk mencemarkan imej negara dan merosakkan nama baik perdana menteri,” katanya kepada pemberita hari ini.
Salleh menegaskan pihak peguam negara berkali-kali sebelum ini menegaskan siasatan yang dibuat menunjukkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak terlibat dalam dakwaan aktiviti pengubahan wang haram seperti yang terkandung dalam saman sivil DoJ itu dan malahan tidak wujud apa-apa bukti yang berasas untuk apa-apa tindakan mahkamah. #sumber
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel Salleh Kutuk Pembangkang, Guna Kuasa Asing "Campuri" Hal Politik Negara
Sekianlah artikel Salleh Kutuk Pembangkang, Guna Kuasa Asing "Campuri" Hal Politik Negara kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Salleh Kutuk Pembangkang, Guna Kuasa Asing "Campuri" Hal Politik Negara dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/salleh-kutuk-pembangkang-guna-kuasa.html