Safiq Rahim Kembali Galas Tugas Sebagai Kapten Harimau Malaya !

Safiq Rahim Kembali Galas Tugas Sebagai Kapten Harimau Malaya ! - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Safiq Rahim Kembali Galas Tugas Sebagai Kapten Harimau Malaya !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Safiq Rahim Kembali Galas Tugas Sebagai Kapten Harimau Malaya !
link : Safiq Rahim Kembali Galas Tugas Sebagai Kapten Harimau Malaya !

Baca juga


Safiq Rahim Kembali Galas Tugas Sebagai Kapten Harimau Malaya !


JOHOR BAHRU: Kapten Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim kembali diberi tugas memimpin skuad kebangsaan dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2019 menentang Lubnan di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin, malam esok.
Ketua jurulatih Harimau Malaya, Nelo Vingada berkata, pemilihan pemain berusia 30 tahun itu sesuai kerana Safiq merupakan wakil terbaik sebagai penghubung antara beliau dan pemain lain dalam merencanakan strategi pada perlawanan esok.
“Sebelum ini, dia pernah menjadi kapten dan ini bukan kali pertama…bagi saya, dia boleh bermain dengan baik dan mempunyai banyak pengalaman untuk menggalas tanggungjawab itu,” katanya hari ini.
Sementara itu, pemain tengah JDT itu tekad menampilkan prestasi terbaik pada aksi pertamanya bersama Harimau Malaya, sejak pengumumannya bersara daripada skuad berkenaan pada Julai tahun lepas.
Sambil menyifatkan tanggungjawab tersebut bukan sesuatu yang mudah, Safiq berkata, beliau dan rakan sepasukan akan berusaha mempamerkan aksi terbaik bagi memperoleh keputusan diingini.
Dalam pada itu, jurulatih Lubnan, Miodrag Radulovic berkata, ketiadaan pemain tengah Mohammed Ghaddar tidak menjejaskan rentak permainan pasukannya.
Beliau mengakui perlawanan menentang Malaysia yang beraksi di gelanggang sendiri bukan sesuatu yang mudah, namun anak buahnya bersedia berdepan cabaran tersebut. #sumber


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Safiq Rahim Kembali Galas Tugas Sebagai Kapten Harimau Malaya !

Sekianlah artikel Safiq Rahim Kembali Galas Tugas Sebagai Kapten Harimau Malaya ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Safiq Rahim Kembali Galas Tugas Sebagai Kapten Harimau Malaya ! dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/safiq-rahim-kembali-galas-tugas-sebagai.html

Subscribe to receive free email updates: