Judul : Reman 32 penuntut dah tamat
link : Reman 32 penuntut dah tamat
Reman 32 penuntut dah tamat
JIKA tidak ada aral melintang, sebahagian 32 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) akan ke Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad, berkata semua suspek akan dibawa didakwa ke mahkamah pada kira-kira 10 pagi ini.
Fadzil Ahmad berkata, perintah tahanan reman ke atas 32 penuntut tamat hari ini.
Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan berapa ramai yang akan didakwa.
Kesemua mereka ditahan reman berhubung kematian Pegawai Kadet Laut, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21, di Hospital Serdang, 1 Jun lalu.
Pada 2 Jun lalu, 36 penuntut, terdiri 32 dari UPNM dan empat Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) direman tujuh hari bagi bantu siasatan kes kematian Allahyarham Zulfarhan, dipercayai akibat didera dengan seterika wap.
Bagaimanapun, empat penuntut UNITED kemudian dibebaskan dengan jaminan polis.
Kesemua mereka yang ditahan reman adalah berusia antara 20 dan 21 tahun.
Arwah Zulfarhan Osman adalah penuntut tahun ketiga jurusan kejuruteraan elektrik UPNM.
Allahyarham meninggal dunia di Hospital Serdang, pada 1 Jun, selepas dihantar untuk mendapatkan rawatan oleh beberapa rakan.
Berita berkaitan
• 32 penuntut lanjut reman, 4 dibebas
• Tiada siapa akan dilindungi
• Cari bomoh yang petik nama arwah
• Kejam, hilang sudah perikemanusiaan [METROTV]
• Damailah di sana Zulfarhan
• Baju raya Allahyarham dah siap
• [UPDATE] 36 penuntut direman
• Penuntut UPNM mati didera
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2roQfCc
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel Reman 32 penuntut dah tamat
Anda sekarang membaca artikel Reman 32 penuntut dah tamat dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/reman-32-penuntut-dah-tamat.html