Raya Tidur Di Hotel Tak Sanggup Tidur Rumah Mak Ayah, Jijik Katanya, Hinanya Emaknya Yang Digonggong Susunya Bertahun-Tahun

Raya Tidur Di Hotel Tak Sanggup Tidur Rumah Mak Ayah, Jijik Katanya, Hinanya Emaknya Yang Digonggong Susunya Bertahun-Tahun - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Raya Tidur Di Hotel Tak Sanggup Tidur Rumah Mak Ayah, Jijik Katanya, Hinanya Emaknya Yang Digonggong Susunya Bertahun-Tahun, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Raya Tidur Di Hotel Tak Sanggup Tidur Rumah Mak Ayah, Jijik Katanya, Hinanya Emaknya Yang Digonggong Susunya Bertahun-Tahun
link : Raya Tidur Di Hotel Tak Sanggup Tidur Rumah Mak Ayah, Jijik Katanya, Hinanya Emaknya Yang Digonggong Susunya Bertahun-Tahun

Baca juga


Raya Tidur Di Hotel Tak Sanggup Tidur Rumah Mak Ayah, Jijik Katanya, Hinanya Emaknya Yang Digonggong Susunya Bertahun-Tahun

Pasti sedih mak dan ayah sekiranya anaknya yang selama ini ditatang bagai minyak yang penuh dan disekolahkan dengan titik peluh mereka sendiri serta sanggup buat apa saja demi si anak, tiba-tiba si anak seperti lupa daratan dan langsung tidak memikirkan hati dan perasaan kedua orang tuanya.

Oleh: Cikgu Ghani Abdul Ghani

Tidak Sanggup Tidur Di Rumah Mak & Ayah

Seorang wanita tua yang berjemaah solat bersama saya, berbual selepas solat ketika saya berada di motor untuk balik. Saya bertanya tentang sambutan raya yang baru berlalu dan hal anak tunggalnya.

Air mukanya berubah. Katanya, "dia sampai balik pagi raya dengan anak isteri. Katanya tak cuti dan jalan jem. Takpalah, asal dia balik. Petang raya, dia kata nak pi rumah mentua dan tidoq di sana, di Kg Tongplu, dekat Pedu. Saya tak kata apa. Tapi masa depa nak naik kereta, cucu saya bertanya mak dia, 'kita nak tidoq di hotel semalam ka?'

Mak dan bapa dia diam tetapi saya sempat melihat menantu saya membeliak mata pada anaknya. "Sampai di sini dia berhenti bercakap. Dia tunduk dan mula mengesat air mata dengan hujung telekong yang masih dipakai. Saya faham anaknya sebenarnya bermalam di hotel dan pagi itu baru balik ke rumah orang tuanya. Kes pecah tembelang.

"Hinanya kami mak bapa dia. Bapa yang membesarkan dia, yang mendodoikan dia dalam kain sentung, menepuk hingga lena dalam kelambu takut digigit nyamuk. Hinanya emak dia yang dia gonggong susunya hingga bertahun, disuap nasi hingga membesaq, hinakah kami yang beri dia sekolah dengan titik peluh kami.

Saya tahu, depa jijik tengok dapor saya, jijik bilik ayaq dan jambannya, jijik bilik tidur yang panas bertilam kekabu. Tapi depa tak sedaq mereka membesaq dengan keadaan itu, tapi hari ini depa pandang jijik. Itu sebab depa tak mau tidoq rumah ibubapa sendiri, mereka tidoq hotel. Bukan tak ada tempat dirumah tu, kerana dia anak tunggal. Tergamak dia", Kesedihannya makin berlarutan.

Wahai anak, bukanlah perkataan dari lidahmu sahaja boleh melukakan hati ayah bondamu, bukanlah tingkah lakumu sahaja boleh mengguris hati emak ayahmu, tetapi tindakanmu juga boleh merobek hati kecil mereka. Jika biasa dengan kemewahan di rumah sendiri, jangan mengharap yang sama di rumah ayahbonda.

Kita dibesarkan dengan kepayahan ayahbonda, sesekali laluilah kembali. Jika kita rasa tidak selesa di rumah ibu bapa, kenapa kita biar mereka hidup tidak selesa? Kenapa tidak diupgrade rumah ibu bapa seperti rumah kita?

Ingat kekayaan yang kita miliki sebenarnya berpunca dari pengorbanan ayah ibu yang menyekolahkan kita. Maka sepatutnya mereka hidup lebih selesa dari diri kita kerana mereka yang melabur harta dan tenaga untuk menciptakan kejayaan kita, tetapi hasilnya kita kaut semuanya, meninggalkan ayah ibu dengan hidup di rumah tuanya.

Apa juga perkara yang kita rasa jijik pada kehidupan ibu ayah kita, sepatutnya dibeban kepada diri kita, bukan melarikan diri dari keadaan itu. Dalam kes ini, tidur di hotel kerana tak sanggup tidur dirumah ayah yang penuh geli geleman pada kita.

Jika anak anak tidak dididik untuk merasa kepayahan orang lain, suatu hari mereka tidak akan mampu hidup bila ditimpa kepayahan. Jika anak dididik merasa jijik dengan apa yang orang lain lalui, apa lagi keturunannya, suatu hari nanti, mereka akan memandang jijik kepada seluruh keluarga mereka yang miskin.

Betapa ibu ayah mengharapkan anak yang pulang sesekali, menghidupkan kembali suasana rumah yang sunyi setelah anak berkeluarga. Tidurlah semalam dua, makan bersama, berkongsi bilik air dan bilik tidur dan sebagainya. Jika terasa payah pun, biarlah demi menjaga hati emak ayah, janganlah merungut tidak sempurna itu ini.

Mungkin emak ayah teringin naik kereta baru kita, bawalah mengunjung saudara mara, mungkin mereka sedikit ingin berbangga dengan kejayaan anak, bawalah bertandang, bershopping.

Sesungguhnya Allah memberi ganjaran yang baik kerana berkunjung mengerat silaturrahim, menggembirakan ayah ibu. Jangan jadikan kunjungan beraya ke kampung menjadi gurisan tajam ke hati ibu ayah yang akan memahat dosa yang besar.

Tidak salah tidur di hotel atau homestay jika keadaan rumah tidak muat kerana ramai, kerana menjaga aurat, mohon izin dengan baik pada ibu ayah, jelaskan agar mereka memahami. Mereka tentu memahami.

Menipu itu ibarat bangkai, yang amat mudah tercium busuknya, apa lagi bila Allah hendak membukanya. Bertindaklah dengan rasional, ibu ayah itu keutamaan. Ingat suatu hari nanti kita juga akan berada di situasi ibu ayah kita.

ABD GHANI HARON



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tlW9Bh

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Raya Tidur Di Hotel Tak Sanggup Tidur Rumah Mak Ayah, Jijik Katanya, Hinanya Emaknya Yang Digonggong Susunya Bertahun-Tahun

Sekianlah artikel Raya Tidur Di Hotel Tak Sanggup Tidur Rumah Mak Ayah, Jijik Katanya, Hinanya Emaknya Yang Digonggong Susunya Bertahun-Tahun kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Raya Tidur Di Hotel Tak Sanggup Tidur Rumah Mak Ayah, Jijik Katanya, Hinanya Emaknya Yang Digonggong Susunya Bertahun-Tahun dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/raya-tidur-di-hotel-tak-sanggup-tidur.html

Subscribe to receive free email updates: