Judul : Punca lelaki tetak nenek, isteri dan bapa mentuanya
link : Punca lelaki tetak nenek, isteri dan bapa mentuanya
Punca lelaki tetak nenek, isteri dan bapa mentuanya
Punca lelaki tetak nenek, isteri dan bapa mentuanya|Seorang pemuda tergamak menetak neneknya sehingga mati selain mengakibatkan isteri dan bapa mentuanya cedera parah dalam kejadian amuk di Kampung Jarau, di sini semalam.
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, suspek yang berusia 32 tahun melibas parang ke bahagian belakang leher neneknya, Wak Moh Bah Wek, 76, selepas mangsa dikatakan gagal menyediakan makanan dimintanya.
Suspek juga bertindak menetak bahagian belakang bapa mentuanya, Bah Keloh Bah Kuyah, 56, dan mencederakan isterinya, Rohini Bah Keloh, 21, menggunakan bara kayu api.
Ketua Polis daerah, Superintenden Azry Akmar Ayob berkata, siasatan awal mendapati, sebelum kejadian suspek dikatakan tiba-tiba pitam di rumah kakaknya selepas kelihatan berada dalam keadaan resah.
“Apabila tersedar, dia terus mengambil bara api daripada kayu yang digunakan untuk memasak lalu mencucuk muka isterinya sebelum ke rumah neneknya bagi meminta makanan.
“Suspek bertindak menetak bahagian leher neneknya kerana dikatakan gagal menyediakan makanan menyebabkan mangsa rebah dan meninggal dunia,” katanya di sini hari ini.
Menurut Azry Akmar, lelaki berkenaan kemudian berlari pulang ke rumahnya dan menetak bapa mentuanya di bahagian belakang badan sebelum ditangkap dan diikat oleh seorang lelaki yang datang membantu.
Katanya, mayat Wak Moh dihantar ke Hospital Lipis untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera dirawat di hospital sama.
Beliau berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dengan niat.
“Tempat kejadian merupakan perkampungan Orang Asli yang terletak kira-kira 40 kilometer dari jalan utama dan hanya boleh dimasuki menggunakan kenderaan pacuan empat roda yang mengambil masa tiga jam.
“Pada masa ini polis telah menahan suspek dan merampas parang yang digunakannya bagi membantu siasatan,” ujarnya.
The post Punca lelaki tetak nenek, isteri dan bapa mentuanya appeared first on Eberita.org.
✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sxYCs9
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel Punca lelaki tetak nenek, isteri dan bapa mentuanya
Anda sekarang membaca artikel Punca lelaki tetak nenek, isteri dan bapa mentuanya dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/punca-lelaki-tetak-nenek-isteri-dan.html