Judul : PRK DUN PUJUT DIBATALKAN
link : PRK DUN PUJUT DIBATALKAN
PRK DUN PUJUT DIBATALKAN
PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini membatalkan pilihan raya kecil (PRK) Dun Pujut di Sarawak.
Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata, keputusan itu adalah selaras dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuching pada Sabtu lepas yang mengekalkan kelayakan Dr Ting Tiong Choon sebagai Dun Pujut.
“Notis Pemakluman mengenai pembatalan PRK N74 Pujut akan dipamerkan oleh pegawai pengurus pilihan raya di Dewan Suarah Miri dan Pejabat Pegawai Pengurus Pilihan Raya hari ini,” katanya dalam kenyataan di sini.
Kenyataan itu dikeluarkan selepas mesyuarat khas SPR hari ini mengenai status proses PRK Dun Pujut susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuching membatalkan keputusan Dun Sarawak yang melucutkan keanggotaan Dr Ting sebagai Adun Pujut.
“Mesyuarat khas hari ini memutuskan bahawa proses PRK tersebut dan tarikh-tarikh yang ditetapkan sebelum ini adalah terbatal sejajar dengan keputusan mahkamah itu,” kata Hashim.
SPR sebelum ini menetapkan 20 Jun sebagai tarikh penamaan calon dan 4 Julai sebagai hari mengundi bagi kerusi itu.
Pada 12 Mei lepas, Dr Ting dilucutkan kelayakan sebagai Adun Pujut kerana beliau didakwa pernah memegang dua kewarganegaraan (Malaysia dan Australia) selepas usul itu dibentangkan oleh Menteri Kewangan Kedua Sarawak Datuk Seri Wong Soon Koh dan diluluskan dengan undi 70-10.
Pelucutan keanggotaan Dr Ting menyebabkan berlakunya kekosongan luar jangka bagi kerusi Dun Pujut.
Pada 7 Jun lepas, Dr Ting memfailkan saman pemula bagi mencabar keputusan Dun itu.
– Bernama
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sMBGbA
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel PRK DUN PUJUT DIBATALKAN
Anda sekarang membaca artikel PRK DUN PUJUT DIBATALKAN dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/prk-dun-pujut-dibatalkan.html