Judul : Polis Tahan 7 Peniaga Jual Bunga Api, Mercun
link : Polis Tahan 7 Peniaga Jual Bunga Api, Mercun
Polis Tahan 7 Peniaga Jual Bunga Api, Mercun
BAGAN SERAI – Polis menahan tujuh peniaga dan merampas 24 jenis mercun serta bunga api bernilai RM 5,000 di tapak ekspo Dataran Alamanda Pusat Bandar, Parit Buntar di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kerian Supt Omar Bakhtiar Yaacob berkata dalam serbuan pada pukul 9 malam itu sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak menahan kesemua lelaki berumur 18 hingga 43 tahun kerana menjual mercun dan bunga api tanpa permit yang sah.
“Hasil siasatan mendapati mercun dan bunga api yang dijual itu tidak mendapat kelulusan polis. Kementerian Dalam Negeri (KDN) hanya membenarkan penjualan 12 jenis bunga api dan mercun seperti mercun pop-pop,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian di sini hari ini.
Omar Bakhtiar berkata pihaknya juga sedang menyiasat dari mana mereka memperoleh bunga api dan mercun kerana barangan itu perlu diperoleh daripada pembekal yang dibenarkan KDN.
Beliau berkata mereka yang melakukan kesalahan itu boleh didakwa mengikut Seksyan 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denga RM10,000 atau kedua-duanya.
“Kita akan terus mengambil tindakan kerana tidak mahu ada yang cedera akibat bermain mercun selain ia boleh menganggu ketenteraman awam,” katanya. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rqOq2G
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel Polis Tahan 7 Peniaga Jual Bunga Api, Mercun
Anda sekarang membaca artikel Polis Tahan 7 Peniaga Jual Bunga Api, Mercun dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/polis-tahan-7-peniaga-jual-bunga-api.html