PLUS diarah bayar ganti rugi

PLUS diarah bayar ganti rugi - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PLUS diarah bayar ganti rugi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PLUS diarah bayar ganti rugi
link : PLUS diarah bayar ganti rugi

Baca juga


PLUS diarah bayar ganti rugi

Mahkamah Sesyen Ipoh semalam mengarahkan PLUS Malaysia Berhad (Plus) membayar sejumlah RM158,961.61 kepada balu seorang Pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas akibat melanggar bongkah kayu di kilometer 342.6, Lebuh Raya Utara Selatan dekat Tapah, dua tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman D Sunita Kaur Jessy membuat keputusan itu setelah mendapati tuntutan plaintif Hawa Liyana Hashim, 34, adalah munasabah ekoran Plus gagal memastikan keselamatan  pengguna lebuh raya.

Beliau mengarahkan Plus membayar pampasan sejumlah RM145,961.61 bersama RM10,000 untuk tuntutan kedukacitaan dan RM3,000 bagi kos pengebumian.

Peguamnya, Sukhdave Singh ketika ditemui berkata, plaintif telah memfailkan saman terhadap Plus pada Oktober tahun lalu di bawah Seksyen 7 Akta undang-Undang Sivil 1956.

Kes dibicarakan pada 22 Mei lalu dengan pihak plaintif mengemukakan dua saksi manakala, Plus yang diwakili peguamnya, Siti Aimuni Abd Latif telah mengemukakan tiga saksi.

Sementara itu, Hawa Liyana berasa berpuas hati dengan keputusan yang diterimanya itu dan berharap Plus akan lebih bertanggungjawab terhadap keselamatan pengguna lebuh raya.

“Diharapkan pihak Plus lebih bertanggungjawab bagi memastikan tiada objek boleh membahayakan kepada pengguna lebuh raya yang boleh menyebabkan kemalangan maut,” katanya.

Menurutnya, ketika kejadian beliau sedang mengandungkan anak keduanya, Nour Ehab Kamali yang kini berusia setahun sembilan bulan.

Dalam kejadian pada 29 April 2015 itu, Allahyarham Imran Kamali Ahmad Nadzirin, 45, yang menunggang motosikal jenis Harley Davidson maut di tempat kejadian selepas terbabas akibat terlanggar bongkah kayu.

Ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan dari Permatang Pauh, Pulau Pinang menuju ke Ibu Pejabat SPR Kuala Lumpur.

The post PLUS diarah bayar ganti rugi appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tB3qwd

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel PLUS diarah bayar ganti rugi

Sekianlah artikel PLUS diarah bayar ganti rugi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PLUS diarah bayar ganti rugi dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/plus-diarah-bayar-ganti-rugi_18.html

Subscribe to receive free email updates: