Judul : Pihak terlibat perlu bertaubat
link : Pihak terlibat perlu bertaubat
Pihak terlibat perlu bertaubat
SHAH ALAM - Individu yang terlibat dengan majlis berbuka puasa yang digelar sebagai Big Gay Iftar baru-baru ini perlu bertaubat di atas tindakan mereka tersebut.
Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, Ramadan sepatutnya dihormati bukan mencemarinya dengan menganjurkan program lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
“Menganjurkan program berbuka puasa itu tak ada masalah tapi nampaknya apa yang mereka lebih tonjolkan itu adalah LGBT.
“Tindakan mereka amat dikesali kerana seperti yang semua maklum LGBT adalah bercanggah dengan Islam,” katanya, semalam.
Sehubungan itu, Mohd Azmi berkata, Mapim menegaskan sebarang perkara berkaitan dengan Islam tidak boleh disalahgunakan untuk perkara bertentangan dengan agama suci ini.
“Ini kerana implikasinya nanti orang akan nampak seperti menghina agama,” katanya.
Mohd Azmi turut menyarankan pihak berkuasa mengadakan pertemuan dengan penganjur program terbabit bagi meminta penjelasan lanjut mengenai perkara itu.
Tambahnya, langkah tersebut dapat memberi kefahaman kepada pihak penganjur bahawa tindakan mereka adalah salah dan boleh dikenakan hukuman sewajarnya.
“Mungkin orang lihat penganjuran ini tidak akan mempengaruhi mana-mana pihak namun pelaksanaan program ini sebenarnya telah menunjukkan bahawa gerakan LGBT semakin menular di negara ini,” katanya.
✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s6XLAb
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel Pihak terlibat perlu bertaubat
Sekianlah artikel Pihak terlibat perlu bertaubat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pihak terlibat perlu bertaubat dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/pihak-terlibat-perlu-bertaubat.html