Pesilat Negara Korban Syawal Demi Sukan SEA 2017

Pesilat Negara Korban Syawal Demi Sukan SEA 2017 - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pesilat Negara Korban Syawal Demi Sukan SEA 2017, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pesilat Negara Korban Syawal Demi Sukan SEA 2017
link : Pesilat Negara Korban Syawal Demi Sukan SEA 2017

Baca juga


Pesilat Negara Korban Syawal Demi Sukan SEA 2017

KUALA LUMPUR – Berkorban apa sahaja. Itulah dilakukan barisan pesilat negara yang terpaksa melupakan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini kerana bakal ‘bertapa’ selama tiga minggu di kawasan pergunungan Da Lat, Vietnam bagi menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, Ogos ini.

Ketua jurulatih skuad silat negara, Nasri Nasir berkata kesemua atlet itu telah berlepas semalam ke Vietnam bagi memastikan fokus mereka pada sesi latihan tidak terganggu terutamanya mengingati sambutan hari raya bersama keluarga masing-masing.

“Ini latihan intensif terakhir sebelum Sukan SEA. Atlet pun sudah dimaklumkan perkara ini sejak awal-awal lagi, jadi saya yakin mereka akan memberikan fokus pada latihan di Vietnam nanti,” katanya kepada Bernama.

Nasri yang dinobatkan Jurulatih Lelaki Kebangsaan 2015, berkata sepanjang berada di Vietnam, latihan fizikal dan taktikal akan ditekankan dalam kalangan pesilat negara memandangkan cabaran pada Sukan SEA kali ini dijangka sengit.

Beliau memaklumkan sekembalinya dari Vietnam pada 7 Julai ini, skuad silat negara akan menjalani kem motivasi di Gunung Ledang, Johor selama lima hari sebelum meneruskan sesi latihan di Cameron Highlands, Pahang bagi tempoh 10 hari.
Mengenai sasaran lapan pingat emas yang diletakkan Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) pada Sukan SEA 2017, Nasri yakin ia boleh dicapai selepas melihat komitmen yang dipamerkan barisan pesilat negara sama ada semasa latihan mahupun pertandingan sebelum ini.

Beliau, bagaimanapun mengingatkan pesilat negara supaya tidak memandang rendah kemampuan pihak lawan terutamanya Indonesia,Vietnam dan Thailand yang dijangka memberi saingan sengit kepada Malaysia pada Sukan SEA nanti.

“Kekuatan pesilat kita untuk mencapai sasaran lapan pingat itu munasabah jika dilihat pada prestasi pesilat kita di mana pada Kejohanan pra Sukan SEA awal tahun ini, kita berjaya meraih sembilan pingat emas.

“Walaupun prospek pingat emas lebih diletakkan kepada dua juara dunia, Mohd Al-Jufferi Jamari dan Siti Rahmah Mohamed Nasir, saya lihat pesilat lain turut berpeluang meraih emas,” katanya.

Acara pencak silat pada Sukan SEA 2017 bakal diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dari 24 hingga 29 Ogos.

Senarai 26 pesilat ke Sukan SEA 2017:

PUTERA:

Mastafa Fitri Bun Masjuri, Muhammad Faizul Mohd Nasir, Mohamad Zarish Hakim Shukor, Razak Ghazli, Mohd Al-Jufferi Jamari, Mohd Fauzi Khalid, Mohamed Khusairy Azhar, Muhammad Robial Sobri, Ahmad Badrirullah Rahmat, Mohd Khaizul Yaacob, Muhammad Afifi Nordin

Mohd Taqiyuddin Hamid, Rosli Mohd Sharif, Mohd Faiz Abdul Malek, Muhammad Syafiq Ibrahim, Sazzlan Yuga.

PUTERI:

Nurul Annisa Mohd Sobri, Siti Humairah Kasidin, Siti Shazwana Ajak, Siti Rahmah Mohamed Nasir, Nur Atikah Alias, Nor Hamizah Abu Hassan, Nur Syazreen Abdul Malik, Nuraisyah Shamshul Bahrin, Wan Nur Shela Muntaha, Siti Farah Hanin Samsuddin.
– BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tiWEfl

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Pesilat Negara Korban Syawal Demi Sukan SEA 2017

Sekianlah artikel Pesilat Negara Korban Syawal Demi Sukan SEA 2017 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pesilat Negara Korban Syawal Demi Sukan SEA 2017 dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/pesilat-negara-korban-syawal-demi-sukan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :